Siakap Keli
abang viva bantu mangsa banjir
Gambar: FB Azwan Omar

Abang Viva Kembali Lagi, Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur

Sukarelawan terkenal yang diberi nama ‘Abang Viva’ Azwan Omar dipercayai kembali membantu mangsa banjir yang melanda negeri pantai timur dengan menaiki kereta jenis Mitsubishi pada Ahad.

Menerusi laman Facebook, Azwan berkata misi sukarelawan pada kali ini agak sukar kerana hujan lebat yang berterusan melanda negeri itu.

“Keadaan di Kuala Berang dari atas, saya naikkan dron tadi.

“Misi kali ini agak mencabar dengan keadaan hujan berlarutan, air deras, kedalaman air banjir dan enjin boat yang tidak memberi kerjasama,” katanya dalam hantaran Facebook pada Isnin.

Kredit: FB Azwan Omar
Kredit: FB Azwan Omar

Azwan turut memaklumkan mengenai penyertaannya dengan memulakan perjalanan menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Matang, Terengganu.

Difahamkan, misi tersebut diteruskan di Terengganu kerana jalan di Kelantan banyak yang sudah ditutup membuatkan pergerakan terbatas ekoran beberapa kawasan dinaiki air.

https://www.facebook.com/azwan1992/posts/pfbid02xBFYb8pV5eqhiAHsLdGTuu1ET8BpB1TDUC4FBp6znffBbGiTg5guEkWXLiWWzM34l

“Jaga diri semua. Semoga mereka yang terlibat dengan banjir tabah dengan ujian Allah SWT,” ujarnya.

Azwan turut membuka tabung dana bagi sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan menerusi akauan persatuan Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang V-Va yang diterajui olehnya.

https://www.facebook.com/azwan1992/posts/pfbid0KD2C5BFcuWNNZjaKMLPHDxCdeCSnraa3ErBeEmCh1gSzGcHG1wH7UYDi8CsSBUuPl

Sumber: FB Azwan Omar

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.