Bintang rap Kanada, Drake kehilangan RM4.4 juta ($1 juta) selepas dia bersama rakannya mempertaruhkan Argentina untuk menang ke atas Perancis dalam Piala Dunia Qatar 2022 malam tadi.
Walaupun Argentina tetap bergelar juara, namun mereka hanya bertaruh untuk perlawanan sebenar (tempoh masa 90 minit), bermakna keputusan pada masa tambahan dan sepakan penalti tidak dikira.
Menurut The Mirror, jika Argentina menjulang piala kemenangan selepas minit ke-90, maka Drake akan mendapat ‘jackpot’ bernilai RM 12 juta ($2.75 juta).


Ekoran daripada itu, pada 17 Disember (kelmarin), penyanyi Hotline Bling itu telah mendedahkan di laman Instragram bahawa dia akan menyokong Lionel Messi dan Argentina untuk mengalahkan Perancis pada perlawanan akhir itu.
Dalam video di laman instragram, penyanyi itu dilihat membincangkan pertaruhan Piala Dunia dengan rakannya dengan masing-masing meletakkan sejumlah wang kepada pasukan yang disokong.
“Saya akan ambil Argentina, dia akan ambil Perancis. Kami akan mewujudkannya (pertaruhan) sebagai ‘aura’ perlawanan terakhir,” katanya.
Bagaimanapun, penyanyi itu tidak dapat mengumpulkan satu sen pun kerana Argentina seri dengan Perancis 2-2 sehingga minit penuh perlawanan ditamatkan (90 minit).
‘Drake Curse’
Sebelum ini, penyanyi rap itu beramah mesra dengan penyerang Liverpool, Daniel Sturridge untuk bergambar dalam satu musim yang berakhir dengan perebutan gelaran Liga Perdana (EPL) dengan pengakhiran yang teruk.
Hal ini kerana ‘Drake Curse’ dipercayai bermula sejak bertahun-tahun apabila penyanyi itu telah berulang kali menyokong pasukan yang berprofil tinggi.
Misalnya, pada tahun 2019, pemain Manchester City, Sergio Aguero terlepas satu sepakan penalti pada Liga Juara-juara selepas bergambar dengan Drake.
Sumber: Metro UK