Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 di Selatan Sumatera, Indonesia pada 1:50 petang, sebentar tadi.
MetMalaysia dalam kenyataan menyatakan gempa bumi tersebut berpusat pada kedudukan 5.7° S dan 104.3° T dengan kedalaman 148 kilometer (km) serta 117 km barat dari bandar Lampung, Indonesia.
Bagaimanapun, menurut MetMalaysia gempa bumi itu tidak memberi ancaman kepada negara.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan itu.
Gempa Bumi sederhana M5.2 di Selatan Sumatera, Indonesia pada 1:50 petang, 19 Disember 2022. Pusat GB di 5.7° S dan 104.3° T dengan kedalaman 148 km. 117km Barat dari Bandar Lampung,Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/vFzTUdsCDS— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 19, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia