Siakap Keli
Kredit: Bernama

Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Lemas Di Pasir Mas – Bomba

PASIR MAS, 19 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tiga bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, di sini, kira-kira 1 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Shapawi Stapa berkata mangsa dikatakan bermain di anjung rumah bersama kakaknya sebelum hilang di kawasan rumahnya yang sedang dilanda banjir.

“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu tengah hari tadi dan jentera digegaskan ke lokasi kejadian pada 1.04 tengah hari untuk operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah dijumpai penduduk kampung dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.