Amaran hujan sangat lebat berterusan berstatus bahaya telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melibatkan negeri pantai timur dan beberapa daerah di Pahang.
Menerusi laman Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran, beberapa sungai di Kelantan menunjukkan status air semasa berada di paras bahaya setakat 9.30 pagi Isnin.
https://www.facebook.com/did.jps.gov/posts/pfbid0YCgQongKakn6eh6qqVw2VQXmngDQqmaZBYQoJMTB1fPtNT99WktDebgiRpoCwtG8l
Kawasan itu melibatkan Jambatan Melor, Sungai Lebir di Kampung Tualang, Rantau Panjang, Kampung Jenob, Kampung Jambu, dan Sungai Golok di Kampung Jenob.
Begitu juga di Terengganu, ia melibatkan daerah Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Marang dan Setiu.
Wargenet kongsi keadaan banjir di kawasan masing-masing
Sementara itu tinjauan Siakap Keli di media sosial menunjukkan beberapa kawasan yang mengalami hujan lebat berterusan dinaiki air hingga dilanda banjir.
Difahamkan ramai warganet memuat naik keadaan semasa kawasan tempat tinggal mereka yang dinaiki air banjir buat masa ini hingga melumpuhkan aktiviti harian.
Berdasarkan video perkongsian @localrkyt, penduduk di beberapa kawasan di Kelantan pada ketika ini mengalami banjir dan dinaiki air berterusan.
Ya Allah lindungi la mangsa banjir Kelantan dan Terengganu 🤲🏻😢 pic.twitter.com/rNdfI7reR6
— 🇲🇾 (@localrkyt) December 19, 2022
Menerusi perkongsian Bencana Malaysia, satu video perkongsian oleh Ahmad Zamri menunjukkan Hospital Kota Bharu telah dinaiki air ekoran hujan lebat.
Air masuk ke dalam Hospital Kota Bharu.
Kredit: Ahmad Zamri pic.twitter.com/rsNxddGndC
— 🇲🇾Bencana2022🇲🇾 (@bencanamalaysia) December 19, 2022
Sementara itu, orang awam Al Amin Trading di bandar Baru Jelawat, Kota Bharu turut menunjukkan kawasan tersebut dinaiki air.
Banjir di bandar Baru Jelawat, Kota Bharu, Kelantan.
Kredit: Al Amin Trading pic.twitter.com/VUiCZgYwc1
— 🇲🇾Bencana2022🇲🇾 (@bencanamalaysia) December 19, 2022
Dalam pada itu, di Terengganu beberapa kawasan dinaiki air dan menyebabkan banjir di sekitar Bandar Permaisuri, Setiu dalam satu video yang dikongsikan oleh Biohazard.
Keadaan banjir di salah sebuah kedai nasi kukus ayam berempah di sekitar bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.#banjir #banjir2022 #BanjirPantaiTimur
Sumber: Biohazard pic.twitter.com/SWfR9pJWu1
— Buletin FM🇲🇾 (@buletinfm) December 19, 2022
@Yourcryingsemut menerusi Twitter, memaklumkan mengenai kejadian yang berlaku di Terengganu pada malam tadi.
Orang asyik tanya, knp x kluar? Tgk la mcmni klau kluar mmg hanyut😭😭😭😭 #banjir2022 #prayforterengganu pic.twitter.com/VmiyW2TpPg
— your Qimmy (@YourCryingSemut) December 18, 2022
Difahamkan, Pulau Perhentian juga berada di status bahaya ekoran keaadan ombak dilihat deras dan lagi besar berbanding tahun lepas. Video merupakan milik @_emint_ di laman Twitter.
Keadaan ombak di Pulau Perhentian. Lagi besar dari tahun lepas. pic.twitter.com/WkVY8qLham
— 💚💛❤️ (@_emint_) December 18, 2022
Di Pahang pula, beberapa kawasan dinaiki air seperti yang dikongsi oleh Hisham Abdul Latif.
Keadaan banjir di MCKIP, Gebeng, Kuantan pagi ini.
Kredit: Hisham Abdul Latif pic.twitter.com/gsqaPbtaRx
— 🇲🇾Bencana2022🇲🇾 (@bencanamalaysia) December 19, 2022
Orang ramai khususnya penduduk di Kelantan boleh menghubungi nombor yang tertera untuk meminta bantuan dan tempat penginapan.

Sumber: Pengguna media sosial