Siakap Keli
timbalan speaker dewan rakyat
Gambar: Awani

Ramli Mohd Nor & Alice Lau Kiong Yeng Dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd Nor (BN) dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yeng (DAP) dilantik sebagai timbalan-timbalan Speaker Dewan Rakyat baharu selepas masing-masing memperoleh 148 dan 146 undi.

Keputusan itu dibuat selepas kertas undian diberikan kepada ahli parlimen dan ditandatangani oleh mereka usai memilih satu atau dua calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Sementara itu, seorang lagi calon, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hanya mendapat 74 undi.

Sumber: Siaran langsung Parlimen Malaysia

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.