Siakap Keli
usul undi percaya pn
Kredit: Sinar Harian via Awani

Usul Undi Percaya: PN Yakin Peroleh Minimum Undi, Ada Strategi

Perikatan Nasional (PN) yakin akan memperoleh minimum undi di hari pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini, lapor Awani.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin pihaknya sudah mempunyai ketetapan dan strategi, namun enggan mengulas lebih lanjut mengenainya.

“Kita sudah ada ketetapan, kita tunggu esok. Yang saya tahu, Insya-Allah kita akan dapat minimum 74 (undi).

“Kita tunggu esok, itu strategi,” katanya, memetik Awani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa PN yang diadakan di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat Jawatankuasa PN yang diketuai Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin diadakan pada Isnin untuk membincangkan mengenai pendirian gabungan parti.

Ujar Khairil Nizam, intipati mesyuarat itu juga melibatkan pendedahan mengenai apa yang akan berlaku di sidang Dewan Rakyat.

“Kita berikan taklimat kepada semua ahli Parlimen tentang apa yang akan berlaku esok kerana ramai dalam kalangan kita adalah ahli Parlimen baharu.

“Jadi apa ‘do and donts‘ untuk menjadikan kita sebagai pembangkang yang konstruktif, bertanggungjawab, setia dan kolaboratif.

“Maknanya kita nak kekalkan kumpulan pembangkang yang cemerlang untuk rakyat sebab mereka memerhatikan apa yang kita akan buat untuk membawa kepada perkembangan negara,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian via Awani

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.