Siakap Keli
Kredit: Facebook

Air Banjir ‘Keliling’ Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam

Lokasi tarikan pelancong di Terengganu, Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam (TTI) dipercayai terjejas berikutan bencana banjir di Pantai Timur baru-baru ini.

Menurut sebuah hantaran Facebook milik Hairi Rezal Iskandar menerusi kumpulan Facebook, Kuala Terengganu Residen, dia menunjukkan keadaan Masjid Kristal dan sekitarnya yang didapati terjejas berikutan insiden banjir yang melanda kawasan Pantai Timur ketika ini.

Difahamkan bahawa foto kawasan tarikan pelancong tersebut telah diambil pada waktu pagi tadi.

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Selain itu, seorang pengguna Facebook, Saya Bukhori II turut menunjukkan rakaman dalaman Masjid Kristal menerusi bahagian komen pada video tadi.

Berdasarkan rakaman tersebut, lantai masjid tersebut masih tidak dimasuki air banjir. Lantai tersebut hanya kelihatan basah, seperti keadaan lantai selepas hujan.

Kredit: Facebook

“Setakat ini, alhamdulillah. Masjid dalam keadaan terkawal…” katanya.

Sebelum ini, angka mangsa banjir di Pantai Timur terus meningkat, manakala di Johor mencatatkan sedikit penurunan dan tiada perubahan bagi jumlah mangsa di Perak buat semalam.

Bagi Terengganu, jumlah mangsa banjir telah meningkat kepada 29,717 orang daripada 8,214 keluarga berbanding 19,601 orang daripada 5,699 keluarga petang semalam.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Ahmad Izram Osman berkata pasukannya melakukan pemantauan dari ruang udara untuk mendapatkan visual sebenar mengenai situasi dan tahap banjir di Terengganu.

Pasukan tersebut turut dijadualkan untuk melakukan pemantauan serupa di Kelantan pada hari ini, menurut Bernama.

BACA: Mangsa Banjir Di Pantai Timur Terus Meningkat Malam Ini

Sumber: Hairi Rezal Iskandar via Facebook & Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.