Siakap Keli
ayam tinggi tong
Gambar: Tangkap layar video tular

Ayam Tinggi Tong Buat Ramai Pelik, Penternak Jelaskan Kenapa

Menternak ayam di rumah merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat kerana ia merupakan salah satu cara untuk meraih pendapatan sampingan dalam bidang ternakan selain ia sekadar hobi.

Sekiranya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penternakan, pastinya salah satu haiwan yang dipilih ialah ayam kerana ternakan itu mudah dijaga, malah dipercayai mendapat permintaan yang tinggi.

Umum mengetahui, ayam kampung semestinya mempunyai saiz biasa yang walaupun melepasi tempoh matang 30 hari, akan tetapi ada beberapa jenis ayam yang saiznya dua kali ganda daripada ayam biasa.

Antaranya ialah ayam yang mempuyai baka ayam laga Siam, di mana haiwan tersebut dipercayai mempunyai ketinggian yang luar biasa berbanding ayam-ayam biasa di kampung.

Ayam setinggi tong

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video berkenaan ayam yang mempunyai ketinggian yang sama seperti tong hingga membuatkan ramai pelik dan ingin tahu cara-cara penjagaan haiwan itu.

Dalam video perkongsian @sobatternakindonesia di laman TikTok, dia berkongsi mengenai ayam ternakannya dengan kapsyen berbunyi ‘Untuk ayam yang tinggi besar ia mesti diseimbangkan dengan makanan berkhasiat dan juga vitamin untuk menyokong tumbesaran’.

Gambar: Tangkap layar video tular

Rata-rata ramai pengguna media sosial terkejut kerana tidak biasa melihat saiz haiwan itu, selain berasa takut kerana ia mempunyai ketinggian yang sama seperti tong yang dibuat sebagai tempat makanan.

Pemilik video itu turut meletakkan kapsyen di dalam video tersebut mengingatkan untuk memberikan vitamin kepada ternakan ayam berkenaan supaya menjadi besar dan menyokong tumbesaran.

Walau bagaimanapun, @sobatternakindonesia tidak mendedahkan baka ayam jenis apa yang dimiliki oleh ternakannya.

Ramai yang meninggalkan komen yang mempunyai unsur lucu berdasarkan ketinggiannya dan meluahkan rasa takut apabila dikejar oleh haiwan tersebut.

Kata Warga maya

“Dikejar ayam berasa dikejar kambing,” kata salah seorang pengguna media sosial.

“Dinasour is coming back,” ujar Saki yang bercakap berdasarkan ketinggiannya.

“Bayangkan kita kena kejar ini ayam,” tambah warga maya yang lain.

“Kalau inilah ayam yang curi selipar aku, aku halalkan sahaja,” kata seorang lagi.

Makanan ayam

Ada juga yang bertanyakan mengenai makanan campuran dan minuman yang diberi oleh pemilik kepada ayam supaya dapat ketinggian yang luar biasa itu.

@sobatternakindonesia menjelaskan jawapan itu dengan berbentuk video supaya ramai yang memahami dan mengetahui lebih lanjut mengenai makanan yang diberi.

@sobatternakindonesia

Membalas @ppy969 Pemberian pakan saya setiap hari seperti diatas tinggal tambah vitamin dll untuk usia 4 bulan up ⬆ #oshamo #malay #indiogigante #aseelparrotbeak

♬ DJ Something Just Like This – DJ Santuy

Ujarnya, dia memberi 60 peratus sisa nasi, 15 peratus maggot (ulat), 25 peratus pakan ayam ditambah dengan kalsium vitamin.

Gambar: Tangkap layar video tular

“Pemberian makanan yang saya beri seperti di atas, cuma tambah vitamin dan sebagainya untuk empat bulan ke atas,” tulis kapsyen itu.

Sekiranya mengikuti resepi yang diberi olehnya, pastinya ayam ternakan akan membesar dengan lebih baik.

@sobatternakindonesia

untuk Ayam Tinggi Besar harus di imbangi dengan pakan bergizi dan juga vitamin untuk menunjang pertumbuhan #indiogigante #ayamimport #peternakanayam @Chicken Farm Indonesia

♬ original sound – YN Store909 – YN Store909

Sumber: @sobatternakindonesia/Tiktok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.