Hujan lebat berterusan di daerah Besut, Terengganu sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di Jerteh ditelenggami banjir hingga ‘memaksa’ jalan menuju ke daerah itu ditutup.
Menerusi satu perkongsian Syaza Nazifa, Jerteh digenangi air di beberapa tempat setelah hujan lebat hingga mengakibatkan kawasan perumahan tenggelam dan kenderaan tidak dapat bergerak.
Dia juga sempat merakamkan suasana hiba itu untuk menunjukkan keadaan terkini di daerah tersebut, disertakan dengan kapsyen yang menyayat hati kerana tidak percaya kawasan perumahannya dinaiki air dengan sekelip mata.
“Keadaan Jerteh petang Isnin. Satu Jerteh dah lumpuh.
“Sempat tangkap gambar yang menyayat hati tadi,” tulis hantaran itu di laman Facebook pada Isnin.



Difahamkan, usaha bomba untuk melakukan tinjauan udara di Besut tidak dapat diteruskan kerana cuaca yang tidak mengizinkan.
Syaza Naifa juga membuat video bagi menunjukkan keadaan sebenar pada petang Isnin.
@syzanzfaa Doakan kami
Bagaimana pun, meninjau di media sosial, @azwanazeri memaklumkan air di kawasan Jerteh telah mula surut pada pagi ini dan mula menunjukkan perubahan berbanding semalam.


Selepas hujan lebat berterusan, pagi ini cuaca di Jerteh berada dalam keadaan yang baik walaupun cuaca masih mendung. Beberapa kenderaan dilihat telha hanyut ke longkang selepas air susut.
Aftermath Video. pic.twitter.com/eMrO8RY0My
— Abyad. (@azwanazeri) December 19, 2022
Semalam, media melaporkan mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang terus mencatatkan peningkatan pada malam Isnin.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 29,717 orang daripada 8,214 keluarga berbanding 19,601 orang daripada 5,699 keluarga petang tadi.
Sumber: Orang Awam
BACA: Harta Si Mati Tak Boleh Difaraidkan Sebelum Waris Tunaikan Badal Haji? Ini Penjelasan Mufti