Siakap Keli
united
Kredit: Football365

Old Trafford Bakal Terima Pemain Baharu Januari Ini – Ten Hag

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mendedahkan bahawa The Red Devils bakal menerima pemain baharu menjelang Januari depan, lapor Football356.

Difahamkan Old Trafford mempunyai ’empat keutamaan’ ketika jendela perpindahan pada bulan hadapan dan dalam kesempatan itu, Ten Hag mahu membuat satu pembelian pemain.

Hal ini kerana sebelum ini, United telah membelanjakan lebih RM1.07 bilion (£200 juta) untuk membeli pemain baharu seperti Lisandro Martinez, Antony dan Casemiro.

Dalam kesempatan yang sama, Ten Hag dilaporkan masih membina skuad yang dimahukannya di Old Trafford.

United
Kredit: Getty Images

Tidak dinafikan Ten Hag kehilangan seorang penyerang selepas Cristiano Ronaldo bersetuju untuk meninggalkan The Red Devils dengan lebih awal hasil keputusan yang dipersetujui.

Walaupun Rashford dan Anthony Martial mampu bermain sebagai penyerang tetapi mereka telah mengalami kecederaan setelah bersaing dalam beberapa perlawanan Piala Dunia baru-baru ini.

Malah, kontrak Rashford juga dimaklumkan bakal tamat pada tahun hadapan.

Jika dilihat, United akan mendapat banyak manfaat jika melanjutkan kontrak Rashford secara automatik dalam jangka masa setahun, begitu juga dengan pemain pertahanan Diogo Dalot.

Menurut Football365, United dikatakan sedang dalam proses untuk menawarkan kontrak baharu kepada Alejandro Garnacho, pemain muda yang baru berusia 18 tahun.

Bagaimanapun, kebelakangan ini pemain itu dikaitkan dengan Real Madrid tetapi United tetap dengan pendiriannya yang berminat untuk mengekalkan pemain itu (Garnacho) dalam jangka masa panjang.

United
Kredit: Football365

Keutamaan United

Sehubungan itu, wartawan Sky Sport Italy, Fabrizio Romano telah mengesahkan bahawa tiga keutamaan United untuk Januari diberikan kepada Dalot, Rashford dan Garnacho (lanjutan kontrak).

Tambah Romano, Old Trafford telah memutuskan untuk mendapatkan penyerang baharu bagi memenuhi empat keutamaan United pada bulan depan.

“Manchester United sedang berbincang dengan lebih teliti tentang langkah seterusnya yang perlu dilakukan, jadi sudah tiba masanya untuk memutuskan strategi.

“Keperluan bajet adalah faktor utama selepas membelanjakan sejumlah wang yang banyak pada musim panas (beli tiga pemain RM1.07 bilion).

“Kontrak baharu juga menjadi topik utama: Diodo Dalot, Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho adalah tiga keutamaan, perbincangan dilakukan dengan kesemua pemain menunggu penyerang baharu untuk United,” tambah Romano.

Bagaimanapun, Romano berpendapat bahawa kedudukan United dalam senarai empat teratas Liga Perdana England (EPL) semuanya bergantung kepada penyerang kelab tersebut.

“Pada pendapat saya, United berada dalam kelompok empat teratas musim ini bergantung kepada siapa penyerang di hadapan, mari kita lihat apa yang mereka boleh lakukan!

“Saya boleh menambah bahawa Manchester United tidak bercadang untuk menandatangani Denzel Dumfries setakat ini. Mari kita lihat sama ada ia berubah, tetapi buat masa kini, keutamaan mereka adalah kontrak baharu dengan Dalot,” katanya.

Bagaimanapun dakwaan Romano dicanggah oleh beberapa pendapat yang lain, misalnya Corriere dello Sport menyatakan Ten Hag telah ‘menyatakan hasratnya’ untuk membeli pertahanan Inter Milan, Dumfries.

Menurut pendapat mereka, United berhubung dengan pemain itu untuk mengadakan perjanjian kontrak pada Januari ini.

Hal ini turut didorong dengan ‘harga minimun’ pada pemain pertahanan tersebut iaitu sebanyak RM231 juta (£43 juta), tambahan lagi Teg Hag berpendapat bahawa dia (Dumfries) sesuai dengan United.

Sumber: Football365

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.