Malaysia sememangnya sebuah negara yang kaya dengan pelbagai etnik dan kebudayaan serta ragam bahasa. Di setiap bahagian dalam negara ini, ada penutur kepada bahasa-bahasa atau dialek tertentu. Walaupun hanya dipisahkan sempadan negeri, namun bahasa yang dipertuturkan jauh berbeza antara satu sama lain. Salah satunya dialek Siam yang menjadi wadah komunikasi komuniti Siam di Malaysia.
Menurut Abdul Barr dalam hantaran Facebooknya, terdapat perbezaan antara dialek Malaysia-Siam antara dua buah negeri iaitu Kedah dan Kelantan.
Dalam hantaran tersebut, Abdul Barr telah menampilkan satu video TikTok milik pengguna (@swenlim_richmondyeo) yang menunjukkan perbezaan struktur ayat yang digunakan oleh penutur Siam dari negeri Kedah dan Kelantan.
Menurut komen-komen daripada video tersebut, dialek Siam yang digunakan di Kelantan lebih mirip dengan dialek Siam Thailand dan kawasan yang berada dalam wilayah Narathiwat.
Manakala, dialek Kedah pula seakan-akan bahasa Siam yang digunakan pada bahagian Hatyai. Perbezaan ini boleh didengar melalui perbualan harian seperti pertanyaan-pertanyaan biasa, misalnya ‘makan di mana’ dan sebagainya.
Malah, perbezaannya dapat di dengar jelas berdasarkan bunyi bahasa yang dipertuturkan oleh penutur-penutur tersebut. Untuk memahami lebih lanjut, anda boleh tonton video tiktok di bawah.
@swenlim_richmondyeo Apa beza siamese kedah dgn siamese kelantan? #siamesemalaysia #siamesemalaysia🇲🇾
♬ original sound – swenlim_richmondyeo – swenlim_richmondyeo
Sekitar 2014, terdapat hampir 70,000 orang warganegara Malaysia yang berbangsa Siam. Kebanyakan daripada mereka mendiami negeri-negeri yang berada di utara Semenanjung Malaysia, yang mana bersempadan dengan wilayah selatan Thailand.

Populasi Siam terbesar di Malaysia berada di Kedah, dengan jumlah kira-kira 42,000 orang, diikuti Kelantan (sekitar 28,000) dan Perlis (dalam lingkungan 8,000 orang).
Untuk makluman, komuniti Siam di negara kita menjalani kehidupan seharian mirip dengan majoriti rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu.
Selain mampu menutur dalam bahasa Siam dengan dialek masing-masing, mereka juga menguasai bahasa Melayu dengan baik dan mampu berinteraksi dengan etnik-etnik lain, seperti biasa yang dilihat dimana-mana.
BACA: Tular Rakaman Objek Putih Melekat Di Pokok Sawit, Seakan Awan ‘Jatuh’ & Tersangkut
Sumber: Abdul Barr via Facebook & @swenlim_richmondyeo via TikTok