Salji Tebal Landa Jepun, Ratusan Kenderaan Dilapor Terkandas Di Lebuhraya
JEPUN – Salji tebal yang melanda barat laut Tokyo dilaporkan telah menyebabkan ratusan kenderaan terkandas semalaman di lebuh raya Kashiwazaki, Niigata.
Memetik laporan Kyodo News, salji tebal itu turut menganggu perkhidmatan kereta api tempatan dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.
Difahamkan, sekurang-kurangnya 800 kereta dan trak telah terkandas di Kashiwazaki sekitar jam 1 pagi pada Selasa.

Jumlah itu kemudiannya berkurang kepada kira-kira 300 kenderaan selepas tiga jam apabila kerja-kerja pembuangan salji dilakukan secara berterusan sepanjang malam.

Menurut kerajaan wilayah Niigata, seorang lelaki berusia 85 tahun dilapor maut selepas terjatuh ke dalam longkang manakala lima yang lain cedera akibat kemalangan yang berlaku ketika salji tebal itu melanda.
Dalam pada itu, pihaknya telah meminta bantuan bencana daripada Pasukan Pertahanan Diri untuk membantu menyelesaikan kesesakan lalu lintas di bandar Kashiwazaki serta beberapa bandar lain.
Menteri Pengangkutan Jepun turut memaklumkan bahawa kerajaan sudah berhasrat untuk menyelesaikan kesesakan lebuh raya yang berlaku di Kashiwazaki, namun pihak berkuasa tempatan memberitahu kemungkinan untuk memperbaiki lebuh raya tersebut amat sukar apabila kesesakan lalu lintas turut melanda kawasan lebuh raya di bandar Nagaoka dan Ojiya.
Pada Selasa, Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tentang satu lagi ribut salji dan potensi gangguan lalu lintas di kawasan pantai Laut Jepun dari Khamis hingga Ahad ketika musim sejuk melanda kepulauan Jepun.

Menurut mangsa yang terkandas, yang juga merupakan guru sekolah rendah, dia telah berjaga sepanjang malam apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang bermula pada petang Isnin.
Walaupun dia sudah berada di kawasan itu selama lebih 15 jam, kereta miliknya hanya bergerak sejauh 50 meter menjelang pagi Selasa.
Selain itu, pemandu lain yang turut terperangkap dalam kejadian tersebut turut memaklumkan bahawa beberapa pemandu lain cuba mengeluarkan keretanya yang tersangkut di dalam timbunan salji.
“Saya tidak tahu sama ada saya boleh melalui kawasan ini, namun saya akan terus menunggu supaya jalan dibuka,” jelasnya.
Dalam tempoh 24 jam sehingga pagi Isnin, tiga majlis perbandaran di wilayah Yamagata dan Fukushima di timur laut negara itu sudah mencatatkan lebih 1 meter timbunan salji, malah ia merupakan salji tertinggi yang pernah dilihat di kawasan tersebut.
Di Uonuma, 87 sentimer salji telah dicerap dalam tempoh 24 jam sehingga pagi Selasa, manakala 76 sentimeter salji dicerap di Nagaoka dan 72 sentimeter di Kashiwazaki.
A massive dumping of snow has left some Japanese drivers stranded for a full day — and in need of help. The winter storm walloped coastal areas of eastern and northern Japan knocking out power and snarling traffic for kilometers. https://t.co/Z3KEyJkPag pic.twitter.com/GDITBD8VCk
— NHK WORLD News (@NHKWORLD_News) December 20, 2022
大雪で駐車場が地獄!!!車が埋もれて出せない(>_<)#大雪 #新潟県 #駐車場 pic.twitter.com/CGPPOaSbEf
— Marhey!!!マーヘー (@maaheemahee) December 19, 2022
Sumber: Kyodo News