Sekatan COVID-19 Dilonggarkan, Mayat Di Koridor Hospital China Dirakam Bergelimpangan
Sejurus selepas China mengumumkan pelonggaran sekatan COVID-19, mayat pesakit COVID-19 di hospital dan krematorium dilaporkan bertimbun.
Memetik Daily Mail, video yang tular di media sosial itu jelas menunjukkan keadaan di sebuah hospital yang padat dengan pesakit dan mayat di koridor hospital.
Baru-baru ini, pihak berkuasa China melaporkan dua kematian akibat virus COVID-19, tetapi rakaman video tersebut memaparkan terdapat lebih daripada dua berada mayat di atas pengusung di sepanjang koridor hospital.

Berjuta-juta rakyat China, terutamanya warga emas yang tidak mengambil vaksin terdedah kepada wabak itu dan jumlah sebenar mangsa yang meninggal akibat virus tersebut tidak dilaporkan.
Hoe Nam Leong, pakar penyakit berjangkit di Singapura mengatakan bahawa kes kematian COVID-19 tidak dilaporkan sepenuhnya dan menjangkakan jumlah kematian sebenar lebih tinggi.
Negara berkenaan dilihat semakin pulih susulan strategi sifar COVID-19 yang dilaksanakan, bahkan individu yang sakit juga dibenarkan untuk pergi bekerja.
Kes COVID-19 yang dilaporkan oleh pihak berkuasa dianggap tidak boleh dipercayai, manakala kebimbangan semakin meningkat mengenai gelombang jangkitan di beberapa negeri, lapor Daily Mail.
Menurut Leong, beberapa buah hospital kini terlalu penuh untuk menerima pesakit, manakala doktor mungkin memperkecilkan COVID-19 sebagai punca kematian.
“Individu mungkin mati akibat serangan jantung selepas terkena jangkitan. Punca utama kematian adalah serangan jantung, tetapi punca asas adalah COVID-19,” kata Leong.

Bagaimanapun, pihak berkuasa bertekad untuk melonggarkan sekatan COVID-19 di China dan bandar di selatan Chongqing menjadi bandar pertama yang membenarkan rakyat China bekerja walaupun berada dalam keadaan sakit.
Akhbar Chongqing Daily melaporkan, memetik notis daripada pihak berkuasa perbandaran, pekerja yang mempunyai gejala ringan dibenarkan bekerja seperti biasa.
Di Beijing, pihak berkuasa menggesa penduduk untuk menyambung kehidupan normal, dengan mengatakan pesakit yang pulih tidak lagi memerlukan ujian saringan COVID-19 untuk masuk ke tempat awam.
Selain itu, notis yang dikeluarkan di bandar Chongqing juga menggesa penduduk supaya tidak mengambil ujian saringan atau menunjukkan keputusan COVID-19 untuk kemudahan seperti pusat penjagaan, sekolah dan penjara.
Di wilayah Zhejiang, hab ekonomi utama yang menempatkan lebih 60 juta penduduk, mereka yang mengalami gejala ringan boleh terus bekerja, jika perlu, dengan syarat untuk mengambil perlindungan peribadi.
Dalam pada itu, lawatan ke hospital dan klinik meningkat beberapa hari selepas China menarik balik sekatan, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata virus tersebut sudah merebak secara meluas di dunia.
Salah seorang pakar epidemologi terkemuka di China memberi amaran bahawa China sedang menghadapi gelombang pertama daripada tiga gelombang yang dijangka sepanjang musim sejuk.
Wu Zunyou berkata lonjakan kes akan berlarutan sehingga pertengahan Januari, sebelum gelombang kedua yang dijangkakan pada Tahun Baru Cina hingga pertengahan Februari.
Gelombang ketiga dikatakan akan berlaku dari akhir Februari hingga pertengahan Mac.
Sumber: Daily Mail