Wajah Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Viral Di Media Sosial
Atlet muda dari Texas, Amerika Syarikat (AS) ini tiba-tiba viral di media sosial selepas ramai berkata susuk tubuh dan wajahnya dilihat tertalu matang berbanding usia sebenarnua.
Jeremiah Johnson yang baru berusia 12 tahun mula menarik perhatian netizen selepas beliau memuat naik gambarnya bersama trofi MVP (Pemain Paling Bernilai) yang diraih dalam Kejohanan Kebangsaan Belia American Football B12 minggu lepas.

Pasukan yang diwakili Johnson, Dallas Dragons Elite Academy (DEA) memenangi kejohanan tersebut dengan rekod 20-0.
Melihat kepada fizikalnya yang tegap dan bermisai, ramai tidak percaya bahawa Johnson berusia 12 tahun. Apatah lagi tatu turut kelihatan pada lengannya. Sesetengah berpendapat, adalah mustahil untuk seorang kanak-kanak memiliki fizikal seperti Johnson.
Dalam satu laporan akhbar, ibunya tampil menjawab persoalan yang diajukan oleh orang ramai. Menurut ibu Johson, tatu yang terletak pada lengannya merupakan tatu tiruan yang boleh ditanggal semula. Namun, ibunya mengakui misai dan misai serta fizikalnya adalah asli.
The Internet believes Texas running back Jeremiah Johnson is actually a grown man but he’s only 12 👀 😳
pic.twitter.com/QuAzpRXDNy— 🔥🧟♂️ (@2Wild2Crazy) December 13, 2022
Kids name is Jeremiah Johnson, plays RB and DE. Beast mode. pic.twitter.com/D39hOapLOp
— billary (@iambillary) December 13, 2022
BACA: Sebaris Avatar, Mechamato Masuk Senarai Carta Top 10 Filem “Box Office” Global Comscore
Sumber: The Sun