Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu tweet yang dimuat naik sebentar tadi memaklumkan bahawa lantikan politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan diteruskan.
Namun katanya, mereka yang dilantik wajar terikat dengan syarat-syarat khas dan mempunyai kelayakan serta prestasi yang sepatutnya dalam bidang yang relevan.
Selain itu, tahap keupayaan profesional seseorang individu, prestasi lampau dan pematuhan peraturan tadbir urus juga akan menjadi garis panduan dalam lantikan yang dibuat.
Berita lanjut menyusul.
Lantikan politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan diteruskan dan mereka wajar terikat dengan syarat-syarat khas dan mempunyai kelayakan serta prestasi yang sepatutnya dalam bidang yang relevan. (1/2)
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 21, 2022
Sumber: Tweet Anwar Ibrahim