Siakap Keli
perhiasan
Kredit: Metro UK

Lelaki Pecahkan Rekod Gantung 710 Perhiasan Krismas Di Janggut

Sempena perayaan Hari Natal yang bakal menjelma tidak lama lagi, tidak dinafikan perasaan teruja dan gembira bagi golongan yang menyambut perayaan ini pasti semakin ‘membuak-buak’.

Perkara ini turut dibuktikan oleh seorang lelaki yang berasal dari Kuna, Idaho di United States (US) yang telah memecahkan rekod dunia dengan menggantungkan perhiasan Krismas pada janggutnya.

Difahamkan, pada 2 Disember lalu, Joel Strasser menggantungkan 710 perhiasan dengan pelbagai saiz, bahan dan warna yang berbeza.

Malah, Strasser dan Rekod Dunia Guinness telah mendokumentasikan proses penggantungan perhiasan itu dalam video yang dimuat naik ke halaman Instagram syarikat berkenaan.

Menurut Strasser proses pemasangannya mengambil masa sekitar dua jam setengah kemudian memerlukan satu jam lagi untuk mengeluarkannya (cabut daripada janggut).

Tidak hanya itu, Stasser mengatakan bahawa berat perhiasan itu telah menambah sekitar dua kilogram (lima paun) di mukanya.

“Disember 2019 adalah kali pertama saya meletakkan perhiasan di janggut saya dan kali pertama saya memecahkan rekod itu.

“Sejak itu saya telah memecahkan semula rekod saya sendiri setiap Krismas kerana saya telah meningkatkan teknik perhiasan janggut saya,” katanya.

Bagaimanapun, Rekod Dunia Guinness telah menggambarkan Strasser sebagai ‘pemecah rekod dunia bersiri’ dengan menyatakan bahawa dia juga telah mencapai rekod lain terutamanya pada objek yang diletakkannya di janggut.

Misalnya, beberapa rekod dunia Strasser yang lain termasuklah bilangan straw kertas (534), kayu penyepit (520), pencungkil gigi (3,500) dan tee golf (607) di janggut.

Hasil Strasser yang sentiasa ingin mendapatkan rekod terbaharu dengan begitu banyak, syarikat itu (Guinness) telah memutuskan untuk meletakkan karikatur kartun kecilnya pada kulit Buku Rekod Dunia Guinness 2023.

Penghargaan itu menjadi pembakar semangat kepada Strasser untuk terus memecahkan rekod janggutnya dan dibuktikan hanya beberapa hari yang lalu di mana dia menyiarkan lagi satu video yang menyimpan gula-gula di janggutnya di laman Instragram.

Malah, rekod janggut Strasser dikatakan rekod yang paling aneh disenaraikan dan bersaing di Guinness.

Tidak hanya itu, beberapa rekod aneh juga dipecahkan pada tahun 2021, antaranya bilangan sudu yang seimbang pada muka seseorang, jarak paling jauh membawa meja dengan gigi dan misai terpanjang di dunia.

Sumber: Metro UK

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.