Siakap Keli
Kredit: the lancet

Termasuk Penyakit X, WHO Akan Keluarkan Senarai Patogen Pandemik Berpotensi Merebak Di Masa Depan

Termasuk Penyakit X, WHO Akan Keluarkan Senarai Patogen Pandemik Berpotensi Merebak Di Masa Depan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Isnin lalu mendedahkan pihaknya sedang menyediakan satu senarai lengkap patogen yang dikenal pasti berpotensi mencetuskan wabak di masa akan datang dan perlu diberi pemantauan rapat setiap masa.

Patogen merujuk kepada agen penyebab penyakit seperti bakteria, virus dan mikroorganisma lain.

Menurut WHO, tujuan senarai itu dikeluarkan adalah sebagai bimbingan kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pelaburan di peringkat global, terutamnya dalam penghasilan vaksin, ujian dan rawatan.

Sebagai salah satu usaha ke arah menghasilkan senarai itu, WHO akan memanggil lebih 300 saintis untuk mengkaji bukti melibatkan lebih daripada 25 keluarga virus dan bakteria. Mereka juga akan menilai ancaman daripada Penyakit X iaitu sejenis Patogen yang boleh mencetuskan ancaman kepada wabak antarabangsa.

“Meletakkan keutamaan penyelidikan dan pembangunan tindak balas terhadap patogen dan keluarga virus yang dikenal pasti adalah penting untuk respon pantas dan efektik kepada epidemik serta pandemik.

“Tanpa pelaburan R&D yang ketara sebelum pandemik COVID-19, vaksin yang selamat dan berkesan tidak mungkin dibangunkan dalam masa yang singkat,” ” menurut Pengarah Program Kecemasan WHO, Michael Ryan.

Senarai pertama telah diterbitkan pada 2017 dan ia merangkumi Covid-19, virus penyakit Ebola dan Marburg, demam Lassa, Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Nipah, Zika serta Penyakit X.

Bagi setiap patogen yang dikenalpasti akan dianggap sebagai keutamaan dan pakar-pakar akan mengenal pasti keutamaan penyelidikan dan jurang pengetahuan.

Langkah seterusnya adalah untuk membangunkan spesifikasi vaksin, rawatan dan ujian diagnostik yang akan disediakan untuk memudahkan ujian klinikal.

Senarai WHO yang dikemas kini itu dijangka diterbitkan sebelum April 2023.

BACA: Selepas Anjur Piala Dunia Terbaik, Qatar Kini Mahu Jadi Penganjur Sukan Olimpik 2036 Pula

Sumber: AFP

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.