Budak Lelaki 5 Tahun Nyaris Maut, Tertelan 52 Biji Bebola Magnet
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun nyaris maut akibat menelan lebih 50 biji bola magnet mainan.
Menurut Daily Star, insiden itu telah menyebabkan dia terpaksa menjalani satu pembedahan kecemasan untuk mengeluarkannya, lapor Daily Star.
Difahamkan Jule Foley mula mengalami sakit perut pada Ogos lalu dan doktor menyatakan bahawa sakit yang dialaminya tidak begitu serius.
Namun begitu, apabila kesakitannya semakin teruk, ibunya, Lyndsey Foley memutuskan untuk membawanya ke A&E di Hospital Putera Charles di Merthyr Tydfil.
Pemeriksaan fizikal dan darah tidak menunjukkan apa-apa yang bermasalah, tetapi selepas X-ray dilakukan, doktor yang merawatnya terkejut.
Wales Online melaporkan bahawa objek seperti rantai leher dapat dilihat dengan jelas di dalam perut kanak-kanak itu melalui imbasan X-ray.
Susulan daripada itu, Jude dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak Noah’s Ark of Wales di Cardiff untuk menjalani pembedahan mengeluarkan objek tersebut dengan selamat.

“Saya takut kehilangan dia (Jude), mujurlah dia dibedah pada malam itu kerana ia boleh membawa maut. Kita tidak menjangka sesuatu yang teruk akan berlaku akibat mainan kanak-kanak,” kata Lyndsey.
Memetik Daily Star, doktor terpaksa memotong usus Jude pada lima bahagian di mana bebola magnet tersebut tersekat.
Mereka juga terpaksa mengeluarkan apendiksnya kerana salah satu magnet telah bergabung dengan usus Jude.
Pembedahan tersebut mengambil masa selama tujuh jam, doktor berkata bahawa Jude sangat bernasib baik kerana tiada kerosakan jangka masa panjang.
Lynsdey menasihati kepada golongan ibu bapa supaya tidak membelikan anak-anak mereka mainan tersebut sewaktu Krismas dan meminta membuangkan bebola magnet itu sekiranya ada di dalam rumah.
Sumber: Daily Star