Suasana keheningan malam sering menjadi idaman ramai kerana ia merupakan waktu yang paling tenang buat para pekerja berehat setelah bertungkus lumus mencari rezeki di siang hari.
Sungguh pun ia tenang buat semua, namun lain pula bagi seorang lelaki ini apabila dia berdepan dengan entiti misteri berkain putih yang didakwa mengacau haiwan peliharaannya.
Dalam perkongsian @azmilkkl di TikTok baru-baru ini, lelaki tersebut menuju ke reban miliknya untuk menyiasat perkara sebenar bagi mengetahui punca yang membuatkan ayamnya tidak lena hingga ketakutan.
Mengetahui ayamnya sering diganggu, lelaki terbabit menjalankan siasatan sewaktu malam, walaupun sudah mengetahui malam merupakan waktu yang sunyi dan juga tempoh makhluk halus ‘aktif’ bekerja.
Tidak mengendahkan waktu sunyi itu, lelaki tersebut dengan beraninya membawa lampu suluh berserta telefon bimbit menuju ke reban ayamnya.
Ketika dia memanculkan perkataan dari mulutnya, lelaki itu dilihat tenang seperti tiada apa yang mengganggunya walaupun pada ketika itu, ada sesuatu sedang memerhatikannya di sebalik reban.
Lelaki terbabit menyuluh sambil menyemak reban itu selain bercakap-cakap seperti biasa bersama ayamnya.
Tiba-tiba, satu entiti misteri yang memakai kain serba putih muncul di tepi reban membuatkan lelaki itu tertanya-tanya siapakah gerangan yang berdiri di situ.

“Ini apa ini, apa ini,” tanya lelaki tersebut sambil menyuluh ke arahnya.
Sejurus itu, ayam peliharaannya mula mengeluarkan bunyi bising ketika entiti misteri itu disuluh. Namun itu tidak membuatkan lelaki tersebut berundur.
Lelaki itu kemudiannya membuat bunyi seakan-akan menyergah entiti misteri tersebut, namun ia masih lagi berdiri tegak, tidak bergerak walaupun seinci dari tempatnya.
Perasaan ingin tahu membuak-buak, lelaki itu bergerak ke tepi dengan memberi provokasi kepada entiti misteri yang berdiri berkenaan.
“Hah, kacau lagi. Apa itu?” ujarnya sambil melangkah mendekatkan diri kepada entiti tersebut.
Namun apabila berada dekat dengannya, muka entiti misteri itu terpancar membuatkan lelaki tersebut sedikit terkejut dan mengeluh.
“Oh kau yang mengacau. Seram betul ni,” tambahnya selepas mengakui wajah entiti misteri itu agak menyeramkan.

Memiliki wajah pelik di sebalik rambutnya yang mengurai, entiti misteri itu merenung tepat ke arahnya sambil berdiri tegak berdekatan reban, tetapi tangannya tidak kelihatan walaupun telah disuluh.
Setelah bertanyakan soalan berulang kali, entiti misteri itu hanya diam tidak memberikan jawapan, sebaliknya terus merenung kosong kepada lelaki tersebut.
Namun tidak lama kemudian, entiti misteri tersebut mengundur laju ke belakang – dipercayai terbang – membuatkan lelaki itu tersentak selepas dia ‘seronok’ mengajukan soalan.
“Ha, mana kau pergi?” katanya.
Video tersebut menarik perhatian warga maya kerana dalam video yang dirakam, jelas terpampang wajah entiti misteri itu hingga membuatkan ramai mengagumi tindakan berani lelaki berkenaan.
Warga maya beri komen
“Abang itu: ouhhh kau yang kacau. Hantu: Kenapa aku pula baru harini datang,” kata @4fiq__ sambil menambah emoji gelak di hujung ayat.
“Paling steady la. Dari yang buat live cari hantu akhirnya lari,” ujar @pokcheq940 yang sempat membuat perbandingan dengan video lain.
“Menangis semua paranormal tengok video TikTok ini abang, memang terbaik,” tambah @Shah_Apek.
“Macam itu sahaja abang kau borak-borak dengan dia. Kalau aku kaku sudah depan dia,” kata @misibertelor mengakui takut sekiranya berdepan dengan entiti itu.
“Dia cari telur ayam tu. Telur market susah dapat sekarang ini,” ujar @jenazahcinta berseloroh disusuli emoji ketawa bersama menangis.
Ada juga yang bertanya mengenai kesahihan video itu namun pemilik akaun itu menjawab mungkin ia adalah benar.
Video penuh detik kejadian seram tersebut boleh ditonton pada video di bawah.
@azmilkkl serammmmmmmm gaisss..tengok betul2 gaiss… #hantu #makanayam #fyp
Sumber: Azmilkkl/Tiktok