Siakap Keli
Gambar: Kennedy News / Mar Hosted Trips

Padah Terlanggar Sarang, Penyelam Skuba Diserang Ikan Bergigi Tajam

Padah Terlanggar Sarang, Penyelam Skuba Diserang Ikan Bergigi Tajam

Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) digigit oleh seekor ikan bergigi tajam semasa menyelam di pantai Sharm el-Sheikh, Mesir, lapor New York Post.

Difahamkan, Alex Pikul yang berusia 31 tahun itu telah menyertai kumpulan skuba selama tiga minggu bermula September lepas.

Sewaktu menyelam, Alex secara tidak sengaja melanggar sarang telur ikan tersebut kerana tersasar dari laluan disebabkan oleh arus deras.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Oleh sebab itu, seekor ikan yang dipanggil triggerfish jantan bertindak menyerang mereka dan menggigit kaki Alex sehingga menyebabkan anggota badannya mengalami kesakitan.

Alex berkata kepada South West News Service, pada waktu itu, Maira (pemilik syarikat menyelam) pergi terlebih dahulu dan seekor ikan telah muncul secara tiba-tiba lalu mengejarnya.

“Saya berenang dan cuba menghalaunya, ia mengejutkan saya dan sangat menyakitkan, mujurlah tidak berlaku apa-apa,” kata Alex.

Gambar: Kennedy News

Memetik New York Post, serangan ikan triggerfish itu telah dirakamkan oleh kamera. Alex yang sudah menyelam sejak tahun 2020 mengimbas kembali kejadian tersebut dan dia mengakui kejadian itu mencuit hatinya.

“Saya pernah melihat triggerfish sebelum ini, tetapi apabila saya melihat kembali video itu, saya fikir ia kelakar kerana rupa gigi mereka,” kata Alex.

Menurutnya, ikan tersebut mempunyai gigi seperti manusia, ia kelihatan terlalu besar untuk mulutnya, seakan-akan memakai gigi palsu.

Walaupun ikan itu telah mengigit kakinya dan meninggalkan lebam, Alex tidak menyalahkan ikan berkenaan kerana ia hanya mahu mempertahankan telurnya yang terancam.

“Biasanya ikan triggerfish betina akan tinggal di bawah sarang telur dan si jantan pula menjaga di atas telur sehingga ke permukaan,” jelas Alex.

“Ikan itu hanya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan untuk melindungi anak-anaknya,” kata Alex lagi.

Walaupun diserang oleh ikan itu, Alex berkata perairan itu adalah tempat yang terbaik untuk melakukan aktiviti selam.

Sumber: New York Post

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.