Kediaman jenis penthouse tertinggi di dunia yang menampilkan permandangan New York City telah ‘dicemari’ dengan bunyi ‘siulan’ yang bernada tinggi dan angin kencang.
Wartawan CBS Brook Silva Braga menyatakan penthouse di Menara Central Park itu dipukul oleh angin kencang, terutamanya pada musim sejuk yang menyebabkan pintu terhempas dengan kuat dari arah belakang.
Malah, Braga juga turut menunjukkan bunyi siulan bernada tinggi yang bergema di dalam penthouse.
Difahamkan arkitek, Arian Smith dan Gordon Gill yang telah melakar beberapa bangunan tinggi di dunia, menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara bekerja di bangunan pencakar langit dengan orang yang tinggal di dalam bangunan tersebut.
Seperti bangunan yang menghadap angin kencang, Menara Central Park dilengkapi dengan pemberat di bahagian atas yang bertindak sebagai bandul yang menyebabkan bangunan itu bergoyang ke arah melawang angin.
Bagaimanapun, penghuni rumah itu tidak akan merasakan perubahan apa-apa, hal ini kerana menurut Smith dan Gill, goyangan itu akan jelas ‘terasa’ kepada sesiapa yang mandi atau berenang di penthouse itu sahaja.
“Di bangunan pejabat, ia lebih dirasakan lebih selamat daripada penthouse. Jika anda mempunyai kolam renang atau tab mandi yang penuh dengan air, ia akan dapat dilihat pergerakan air yang sedikit berbeza,” katanya.
Bagaimanapun, hampir dua tahun selepas projek itu dimulakan, bangunan yang menampung 179 unit itu masih mempunyai kurang daripada 30 penghuni ketika ini.

Untuk info, penthouse yang berada di puncak Menara Central Park yang turut dikenali sebagai ‘The One Above All Else’ bernilai RM1.1 bilion ($250 juta) itu mempunyai tujuh bilik tidur.
Tidak hanya itu, penthouse tersebut juga mempunyai sembilan bilik mandi dan 23 bilik di atas menara setinggi 1,550 kaki yang menghadap Central Park.
Walaupun bukan bangunan tertinggi di dunia, The Central Park Tower menampilkan penthouse sebagai kediaman tertinggi dunia pada ketinggian 1,416 di Manhattan’s Billionaires’ Row.
Difahamkan ia dibina seluas 17,4545 kaki persegi dengan tambahan kawasan luar seluas 1,433 kaki persegi dengan pelbagai kemudahan disediakan bermula dari tingkat satu hingga tiga.
Ia mempunyai salun, balai cerap, perpustakaan, bilik media, ruang sarapan, dapur, bilik tetamu dan lif peribadi di tingkat satu.
Manakala tingkat dua pula dilengkapi dengan lima suite bilik tidur mewah dan kawasan rekreasi, disusuli bilik tarian, bilik perhiasan, bilik belajar peribadi, dapur katering sendiri dan ruang gim di tingkat tiga.
Sumber: Daily Mail