Terengganu Football Club (TFC) mengesahkan pasukannya kini membawa masuk penyerang import baharu yang akan bermain untuk kelab itu bagi musim 2023, lapor Terengganu FC.
Keputusan rasmi itu dikongsi pada laman rasmi TFC yang mendedahkan bahawa kelab berkenaan telah menandatangi kontrak dengan pemain Thailand, Adisak Kraisorn selama dua tahun (1 + 1).
Sebelum ini, Adisak juga bermain untuk posisi penyerang dalam kelab Muangthong United iaitu kelab yang beraksi di liga utama Thailand.
#ASK9 Ready! #TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/by5a2QaJ31
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 22, 2022
Difahamkan, kemasukan pemain yang bakal menyarungkan jersi bernombor 9 bersama TFC itu didorong oleh kouta pemain asing yang kosong selepas ditinggalkan oleh Manuel Ott (Filipina).
Dalam masa sama, Adisak menyatakan bahawa keputusannya ingin menyertai TFC bertujuan untuk mendapatkan cabaran baharu di samping kemampuan Liga Malaysia yang dilihat sebagai sebuah liga yang kompetitif di Asia Tenggara.
Bukan hanya itu, TFC juga merupakan sebuah pasukan yang mampu memberi saingan yang sengit kepada kelab lain sehingga prestasinya dikenali di negara Thailand.
Tidak dinafikan itu merupakan salah satu sebab yang mampu menarik Adisak untuk menyertai TFC yang bermula pada musim hadapan.
Namun pada masa kini, Adisak dikatakan sedang menumpukan fokusnya membantu pasukan kebangsaan Thailand dalam saingan AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 yang sedang berlangsung.
Malah sebelum ini, Adisak pernah menjuarai kejohanan yang sama pada tahun 2014 dan 2020 untuk Thailand.
Pencapaian terbaiknya setakat ini adalah pernah memegang gelaran penjaring terbanyak bagi kejohanan sama untuk tahun 2018.
Sumber: Terengganu Football Club