Kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dilapor mencapai persetujuan secara lisan dengan pemain bintangnya, Lionel Messi untuk menyambung kontraknya akhir musim ini, lapor CBS Sport.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang jurucakap CBS di Twitter, Fabrizio Romano pagi tadi, namun menurutnya kesepakatan itu hanya dibuat melalui lisan dan sebarang penyambungan kontrak secara rasmi belum dilakukan.
Tambahnya, belum ada keputusan tetap daripada bintang Argentina itu untuk jangka masa kontrak atau gaji.
Malah perkara itu akan dibahaskan dalam perjumpaan yang akan datang yang dikendalikan oleh pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PSG, Nasser Al Khelaifi serta penasihat, Luis Campos.
🚨🇦🇷 Paris Saint-Germain reached a verbal agreement with Lionel Messi to extend the contract. It’s a verbal pact to continue together. #PSG
No decision yet on leght of contract & salary, it will be decided in a new meeting soon.
Al Khelaifi and Campos, working on it. pic.twitter.com/upho1SCc7P
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 21, 2022
Menurut CBS News, Messi tidak pernah menerima sebarang cadangan dan tiada perbincangan diadakan dengan bekas kelabnya Barcelona mengenai tawaran.
Sebelum ini, PSG dikatakan telah memujuk Messi untuk kekal dalam kelab itu melalui Al Khelaifi dan Campos, serta ketua jurulatih PSG, Christophe Galtier.
Akhirnya, menjelang penghujung Piala Dunia di Qatar, persetujuan lisan untuk meneruskan kontrak telah dicapai dengan rundingan akan disambung semula pada awal 2023.
Menurut Romano, perbincangan yang diadakan kelak akan membincangkan perkara yang lebih terperinci mengenai kelab bola sepak itu.
More on Leo Messi. 🇦🇷
▫️ There’s a verbal pact with PSG, as @le_Parisien called.
▫️ Messi, convinced to stay at least for one more season.
▫️ Nothing signed or completed yet, it’s just verbal — new meeting will be scheduled.
▫️ Final length of contract & salary to be decided. pic.twitter.com/HYnp7kZ87V
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 21, 2022
Imbas kembali, Messi telah berjaya membawa Argentina kembali bergelar juara Piala Dunia selepas menewaskan seteru dari Eropah, Perancis menerusi kemenangan set penentuan penalti 4-2.
Messi yang juga selaku watak utama Argentina sepanjang kempen Piala Dunia di Qatar juga berjaya merangkul anugerah Golden Ball ekoran persembahan terbaik yang ditonjolkan.
Untuk rekod kelab, Messi berhijrah dari Barcelona ke PSG pada jendela perpindahan musim panas 2021 lalu melalui perjanjian kontrak tiga tahun yang bernilai kira-kira RM505 juta.
Sumber: CBS Sport