Siakap Keli
kapal layar hanyut langkawi
Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Rantai Sauh Terputus, Kapal Layar Hanyut Di Langkawi Pagi Tadi

Sebuah kapal layar dilaporkan hanyut akibat terputus rantai sauh dalam kejadian yang berlaku di perairan Langkawi, Kedah sekitar jam 8:00 pagi tadi.

Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi memaklumkan satu isyarat kecemasan diterima daripada Pusat Operasi Mawila 3 Tentera Diraja Malaysia.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksmana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, MRSC telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT sekitar 10 pagi tadi untuk mencari dan memberi bantuan sewajarnya.

“Dalam kejadian itu kapal layar Puteri Mahsuri yang telah lama bersauh di perairan Langkawi telah mengaktifkan sistem isyarat kecemasan dan diterima oleh Pusat Operasi Mawila 3 Tentera Laut Diraja Malaysia.

“KD Lekiu dalam perintah operasi telah mengesan kapal layar tersebut dan memberi bantuan awal pada jam lebih kurang 12 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan dalam kejadian itu, Puteri Mahsuri yang beroperasi bersama empat kru warga Myanmar termasuk nakhoda dilaporkan telah hanyut lebih kurang 60 batu nautika ke arah sempadan Malaysia-Thailand.

kapal
Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Susulan itu, pihak maritim diingatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan sentiasa menitik beratkan aspek keselamatan semasa berada di atas kapal sepanjang Operasi  CARILAMAT.

“Maritim Malaysia khususnya Ibu Pejabat Maritim Negeri kedah dan Perlis mengingatkan semua komuniti maritim supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca buruk seterusnya mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik dan membawa Personal Locator Beacon (PLB),” maklum kenyataan itu.

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.