Siakap Keli
bomba pinjam boat abang viva
Gambar: Tangkap layar video

“Terima Kasih Abang Bomba Sudi Guna Khidmat Bot Saya” – Abang Viva

Bot pelampung sukarelawan terkenal Azwan Omar atau diberi jolokan ‘Abang Viva’, baru-baru ini dipinjam oleh pasukan bomba dalam membantu menyelamatkan mangsa banjir di Terengganu.

Menerusi laman Facebook, Azwan mengemas kini mengenai perkara itu sewaktu dia berada di kawasan yang dilanda banjir di Pantai Timur.

“Terima kasih abang bomba sudi guna khidmat bot (pelampung) saya,” tulis hantaran itu berserta dengan video pada Rabu.

Berdasarkan perkongsian video itu, anggota bomba dilihat menarik bot pelampung tersebut yang membawa beberapa mangsa ke kawasan selamat dari tempat yang ditenggelami air.

Difahamkan, Azwan telah berada di negeri itu selama lima hari bersama isterinya, Evanoza yang setia menemaninya menjalankan misi menyelamatkan mangsa banjir di sana.

Dalam pada itu, Azwan turut memaklumkan bahawa orang ramai juga boleh menghubunginya sekiranya memerlukan ‘khidmat’ bot pelampung tersebut untuk keluar dari kawasan yang ditenggelami air.

“Sesiapa di Kampung Nyior, Paka dan memerlukan bantuan untuk keluar boleh mesej saya. Terima kasih,” katanya.

Pada Isnin, media melaporkan Azwan kembali lagi menjalankan misinya membantu mangsa banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur dengan menaiki kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi.

Walaupun Azwan mengatakan misi sukarelawan pada kali ini agak sukar ekoran hujan lebat berterusan, namun dia tetap meneruskan perjuangan dengan membawa kelengkapan yang cukup seperti bot pelampung.

https://www.facebook.com/azwan1992/videos/1355891825225796

https://www.facebook.com/azwan1992/posts/pfbid02UE2dAEhSxHs4CKUk9QuUuafpZ97anLqbN3hajoK5YbCtTyNeYmgmXyJJon1T7iM7l

Sumber: Azwan Omar/Facebook

BACA: Abang Viva Kembali Lagi, Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.