Siakap Keli
ppz universiti

Jihad Pendidikan PPZ-MAIWP Siri 3 Bantu Pelajar UTMKL

KUALA LUMPUR, 16 NOVEMBER 2022 : Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (“UTMKL”) hari ini melancarkan Jihad Pendidikan di Masjid UTMKL bersempena dengan Program Karnival Masjid UTM 2022.

Majlis dilancarkan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP,Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin.

Ini merupakan Jihad Pendidikan PPZ-MAIWP Siri ketiga bersama institusi pengajian tinggi awam yang bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar asnaf agar mereka dapat menimba ilmu sebaiknya selain dapat meningkatkan kesedaran menunaikan zakat dalam kalangan pendidik melalui potongan gaji.

PPZ-MAIWP melalui dana pemegang wakalah menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM200 dan pakej khas makanan kepada 200 pelajar asnaf. Selain itu, turut menyampaikan sumbangan kewangan bagi menyempurnakan Final Year Project (FYP) kepada 10 orang pelajar akhir tahun, Food Bank Masjid UTMKL dan Masjid UTMKL dengan jumlah keseluruhan sumbangan berjumlah RM115,000.

Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, kesedaran menunaikan zakat perlu dipupuk sedari awal lagi dan PPZ-MAIWP mengambil tanggungjawab itu dengan tidak melupakan institusi pendidikan tinggi untuk menjadi pemanfaat zakat melalui sumbangan pemegang wakalah.

“Final Year Project yang perlu disempurnakan oleh pelajar tahun akhir ini adalah penting untuk menentukan kejayaan mereka. Semoga dengan sedikit sumbangan ini menjadi suntikan kejayaan buat pelajar-pelajar asnaf dan seterusnya menyumbang semula sebagai pembayar zakat apabila sudah berkerjaya kelak”, katanya.

UTM telah menjalinkan kerjasama dengan pihak PPZ-MAIWP sejak tahun 2012 dan dieratkan lagi dengan pelantikan Pusat Islam UTM Kuala Lumpur sebagai Ejen Kutipan Zakat bagi pihak PPZ-MAIWP pada tahun 2018. Kerjasama berterusan ini dilihat sebagai satu kerjasama penting demi membantu penerima, terutamanya pelajar UTM dan kerjasama ini dijangka akan terus berkekalan dimasa hadapan.

Sempena program ini, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Sesi Santai Zakat, Wawancara bersama Pengerusi PPZ-MAIWP dan Zakat @ Personaliti bersama Perunding Imej Profesional, Puan Muna Izzah Fadzli.
”PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT”

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.