Siakap Keli
Kredit: ayosemarang

Tak Perlu Beli Baru, Guna 6 Cara Ini Untuk Hilangkan Kotoran Hitam Pada Seterika

Tak Perlu Beli Baru, Guna 6 Cara Ini Untuk Hilangkan Kotoran Hitam Pada Seterika

Kebanyakkan seterika yang telah lama digunakan pasti akan meninggalkan kesan hitam kerana terlalu panas atau melekat pada baju. Jika dibiarkan kesan hitam ini akan menyebabkan baju yang kita gosok menjadi kotor.

Sebelum anda membeli seterika baru, cuba bersihkan dahulu lapisan kehitaman yang melekat padanya. Berikut adalah enam cara mudah yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan kesan hitam terbakar pada seterika.

Petua berikut dipetik melalui perkongsian daripada Hello Doktor.

6 Petua Untuk menghilangkan kesan terbakar pada seterika

1# Guna span magik

Kredit: Shopee

Span magik agak berbeza dengan span biasa. Ia mempunyai permukaan yang lebih halus dan juga lebih lembut. Caranya amat mudah, hanya sapukan sedikit sahaja krim pencuci pinggan pada span dan gosok tapak seterika anda sehingga warna hitam tersebut hilang.

2#Sental dengan baking soda

Kredit: The Spruce / Anastasiia Tretiak

Caranya sangat mudah, ambil beberapa helai kain lembab dan letakkan span di atasnya. Kemudian, hidupkan seterika dan taburkan serbuk baking soda di atas permukaan seterika dan gosok baking soda tersebut dengan menggunakan kain dan span yang disediakan tadi.

Sila berhati-hati kerana seterika mungkin boleh memanaskan kain yang anda pegang. Setelah itu, tutup suis seterika dan tunggu sehingga sejuk, kemudian ambil sehelai kain bersih dan lap kotoran yang telah tertanggal pada permukaan seterika.

3# Kertas pasir

Kredit: Google

Satu lagi cara lain yang boleh anda gunakan adalah dengan menggunakan kertas pasir. Anda hanya perlu memanaskan seterika dan terus gosok permukaannya dengan kertas pasir. Gosok dengan menggunakan kertas pasir kasar terlebih dahulu, kemudian barulah bertukar kepada kertas pasir yang lebih halus. Namun ingat, alas kertas pasir dengan kain atau span terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian melecur.

4# Ubat gigi

Kredit: Xtra

Ubat gigi pun boleh hilangkan warna hitam pada seterika, percaya atau tidak ia sememangnya boleh membantu anda membersihkan kesan hangus pada tapak seterika.

Anda hanya perlu meletakkan ubat gigi pada kesan hangus dan biarkan seketika terlebih dahulu. Kemudian, ambil kain bersih dan gosok permukaan seterika sehingga warna hitam mula luntur. Anda boleh membuat langkah ini beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan dan berkesan.

5# Garam

Kredit: majoriti

Garam dapur juga boleh digunakan bagi menanggalkan warna hitam seterika anda. Anda hanya memerlukan sekitar segenggam garam dan kerajang aluminium (aluminium foil).

Pertama, taburkan garam di atas kerajang aluminium. Kemudian, buka suis seterika dan panaskannya dengan suhu yang paling tinggi. Setelah itu, gosokkan seterika pada garam di atas kerajang aluminium tadi dan lakukan langkah ini beberapa kali sehingga kesan hitam mula menghilang.

6# Lilin

Kredit: FREEPIK

Pertama, buka suis seterika dan panaskan untuk seketika. Kemudian, ambil sebatang lilin dan gosokkan pada permukaan seterika sehingga lilin cair. Setelah itu, tenyeh atau gosok seterika pada kain buruk atau apa-apa kain bersih yang sudah tidak digunakan lagi kerana kain yang melekat dengan lilin tidak boleh digunakan dan akan dibuang sahaja.

Semoga petua yang dikongsi dapat membantu anda yang mengatasi masalah kesan hitam pada seterika dan seterika anda akan tampak lebih cantik, bersih dan berkilat seperti seterika baharu.

Sumber: Hello Doktor

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.