Ramai sedia maklum, laptop antara gajet yang memerlukan modal yang agak tinggi. Jadi sebelum pembelian, pasti kita akan mempertimbangkan banyak perkara agar pelaburan tersebut berbaloi. Antara perkara yang sering dititik beratkan adalah aspek saiz skrin, kamera, cip pemprosesan, servis serta faedah lain selepas jualan.
Tak kurang juga, ada yang mengambil kira nilai hadiah-hadiah percuma yang diperoleh setiap kali pembelian. Kali ini, kami ingin kongsikan barang yang korang boleh tuntut setiap kali membeli laptop, selain daripada beg, mouse dan sebagainya.
Tapi, hadiah ni khusus kalau korang beli jenama HP sahaja tau. Percaya tak, korang boleh tuntut printer dengan harga RM29, e-wallet sampai RM150 dan beberapa lagi item gempak bila beli laptop HP? Bukan biasa-biasa, semua hadiah ni akan jadikan pembelian korang pastinya berbaloi!
Paling best, HP sekarang tengah buat promosi hebat dengan hadiah bernilai RM55,000. Pembeli bertuah akan mendapat hadiah percutian ke 5H4M di Osaka, 4H3M di Bali dan 3H2M di Langkawi untuk 2 orang. Nak tahu lebih lanjut, jom teruskan baca.
Printer RM29, e-wallet hingga RM150 sempena HP Intel Day
Item pertama korang boleh tuntut sempena HP Intel Day, ialah printer pada harga RM29. Sekali baca macam tak percaya, kan. Tapi sebenarnya korang boleh tuntut printer HP Deskjet 2336 All-in-One pada harga RM29 sahaja bila korang beli mana-mana laptop HP dengan cip pemprosesan Intel.
Tambah sikit jadi RM59, dapat versi wifi punya, HP Deskjet 2776/2777. Bila sebut All-in-One, bermakna printer tu boleh scan, print dan fotokopi dokumen korang. Berbaloi sangat terutamanya bagi student yang nak print kerja-kerja khusus. Selain tu, korang juga boleh dapat pre-installed Microsoft Office Home & Student Edition 2021 berharga RM529 tau.
Kedua, kredit e-wallet hingga RM150. HP ada satu program insentif untuk pelanggan dorang yang mana pembeli layak menuntut hadiah untuk setiap pembelian. Kredit tersebut bergantung pada nilai produk yang dibeli dan akan dimasukkan sama ada ke akaun Grab atau Touch n Go korang. Bolehlah withdraw masuk ke bank atau guna untuk bayar tol.
Untuk pengetahuan, promosi ni sedang berjalan dan akan berakhir pada 2 Januari 2023 nanti. Jadi jangan lepaskan peluang, lawati pengedar HP yang sah sekarang.
Percutian ke Osaka, Bali & Langkawi
Macam SK cakapkan tadi, HP juga tawarkan pakej percutian untuk pelanggan mereka. Pemenang tempat pertama akan mendapat pakej percutian ke Osaka dan beberapa pemenang akan dipilih untuk ke Bali, Indonesia dan Langkawi.
- Percutian 5H4M ke Osaka, Jepun x 1 hadiah utama
- Percutian 4H3M ke Bali, Indonesia x 2 pemenang
- Percutian 3H2M ke The Westin, Langkawi x 5 pemenang
Yang bestnya, semua kos penerbangan dan penginapan adalah percuma. Lima pemenang saguhati pula akan mendapat lima unit baucar travel daripada HP.
Macam Mana Nak Menang?
Pertama, beli laptop atau PC dengan cip pemprosesor Intel terpilih daripada penjual HP yang sah.
Seterusnya, Whatsapp butiran anda ke 0142020961.
Item yang terpilih adalah laptop atau PC dengan Intel® Evo™ platform yang menampilkan pemproses 12th Gen Intel® Core™ processors untuk pelbagai tugas dan prestasi yang lebih baik.
HP Spectre x360
Laptop ini sesuai untuk korang yang perlu bekerja on the go dan kerap travel ke sana sini serta perlukan fleksibiliti. Laptop ini mempunyai paparan OLED 3K2K, sentuhan boleh tukar serta HP Presence dan HP GlamCam untuk memberi pengalaman panggilan video dan audio yang menakjubkan.
HP ENVY
Dihadirkan dengan kadar segar semula 120 Hz dengan paparan 2 kali lebih pantas serta kamera 5 MP, laptop ini sesuai untuk korang yang berminat menjadi pencipta.
HP Victus
Buat kaki game, Victus amat sesuai dengan keperluan anda. Khas dicipta untuk bermain game, laptop ini mempunyai prestasi kelajuan sepantas kilat bagi memberi pengalaman permainan yang responsif.
Kesemua laptop ini boleh didapati di semua kedai konsep HP, kedai HP online dan pengedar sah termasuk melalui platform Shopee. Peraduan berlangsung sehingga 31 Januari 2023 saja tau. Jadi jangan lepaskan peluang, untung-untung boleh lepak kat Jepun.