Siapalah yang mahu tinggal dalam rumah yang dibina cantik di luar tetapi di dalamnya ditumpangi tikus atau singkatannya ‘Cik Ti’. Tidak dinafikan, dengan wujudnya haiwan perosak ini, ia akan memberi gambaran bahawa rumah yang kita diami itu kotor, tidak terjaga dan seumpamanya.
Keadaan ini bukan sahaja dilihat daripada luaran, malah kesihatan penghuni rumah juga perlu diberi penekanan. Kita tidak tahu sama ada makanan yang kita makan itu 100 peratus bersih atau tidak jika haiwan perosak ini ada di rumah kita.
Kebetulan pula baru-baru ini tular di media sosial video seekor tikus sedang ‘asyik’ meratah ayam goreng dalam kejadian yang berlaku di sebuah premis makanan tidak dikenal pasti. Sudah nama pun tikus, kalau ternampak makanan di depan mata terus dimakannya.
Oleh itu, kita sering ‘diperkenalkan’ dengan cara menggunakan ‘si bulus’ jika ingin menghalau tikus, tetapi tidak semua orang boleh memelihara haiwan pemangsa ini di dalam rumah. Ada yang alergi terhadap bulu dan sebagainya.
Jadi, apakah cara terbaik untuk halau tikus? Justeru, ikuti perkongsian daripada Hello Doktor untuk mengetahui cara lain untuk memusnahkan habitat ini di rumah anda.
‘Cik Ti’ Bersarang Dalam Rumah? Buat 7 Cara Halau Tikus Ini, Berkesan!
Jika tikus sudah mula bersarang dan membiak dalam rumah, anda akan terbau kencing tikus yang agak kuat. Bagi mengelakkan masalah seperti ini, anda perlu mencari cara menghalau tikus yang berkesan. Jika tidak tahu apakah yang perlu dibuat, ini kami kongsikan cara halau tikus dalam rumah yang paling efektif.