Siakap Keli
bos petronas pendang taja pekerja umrah
Gambar: Tangkap layar video tular

Hargai Jasa 27 Tahun Berkhidmat, Bos Petronas Pendang Taja Pekerja ‘Setia’ Tunai Umrah

Bos stesen minyak Petronas di Pendang, Kedah taja pekerja setianya tunai ibadah umrah sebagai tanda penghargaan 27 tahun berkhidmat di sana.

Cara majikan memberikan penghargaan untuk menghargai jasa pengorbanan pekerja adalah berlainan, malah perkara itu juga bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang bekerja.

Usaha tidak mengkhianati hasil, seorang pekerja stesen minyak menerima tajaan pakej umrah daripada majikannya sebagai tanda penghargaan kerana telah menabur bakti selama 27 tahun di syarikat itu.

Pekerja bertuah berkenaan yang dikenali sebagai Yusuf dikatakan telah bekhidmat di stesen minyak Petronas Pendang, Kedah sejak 27 tahun yang lalu hingga melayakkan dirinya ‘bertuah’ menerima ‘hadiah’ tersebut.

Gambar: Tangkap layar video tular

Penghargaan itu dibuat kerana Yusuf telah berjasa kepada stesen berkenaan dengan setia bekerja dalam jangka masa yang cukup panjang, serta usaha dan pencapaian yang ditunjukkan selama ini.

Menerusi perkongsian video di Facebook, terdapat beberapa orang pekerja yang dilihat menerima penghargaan daripada Petronas tersebut, juga atas prestasi yang baik sepanjang tempoh bekerja.

“Tahniah kepada Encik Yusuf yang telah berkhidmat selama 27 tahun di Petronas Pendang. Pihak syarikat menghadiahkan ‘Pakej Umrah 2023′ kepada beliau,” memetik kapsyen hantaran video itu pada Isnin.

Sementara itu meninjau di ruangan komentar di TikTok, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa syukur dan gembira mereka atas penghargaan yang diberi oleh syarikat itu kepada Yusuf.

Kata-kata warga maya

“Betul la orang kata pergi Mekah ni bukan bila kaya tapi kalau Allah dah bukakan rezeki dia untuk ke sana walau cara apa pun, Allah akan mudahkan. Terima kasih puan,” memetik kata @Iamahaliqa.

“Terbaiklah majikan macam ni semoga dimurahkan rezeki berlipat kali ganda,” kata Nazery Gurun.

Kredit: Tiktok

“Saya diakan majikan yang taja ini takkan miskin dan boleh bawa lebih ramai orang lain jadi tetamu Allah,” kata T.

“Ya Allah. Aku tak kenal siapa majikan pakcik ni. Tapi aku doakan, kalau dia ditimpa musibah, hati dia sentiasa kuat dan tabah mengharungi ujianMu ya Allah. Senang jalan hidup dia,” kata Afiqzikrisan.

Kredit: Tiktok
Kredit: Tiktok

Ada juga segelintir mereka memuji sikap majikannya kerana memberi penghargaan yang baik kepada pekerjanya yang telah berkhidmat bertahun lamanya.

Sebagai pekerja, sudah menjadi tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik kerana itu merupakan amanah yang diberi dan sebagai majikan pula, amat penting untuk menghargai pekerja kerana merekalah juga yang membentuk imej syarikat.

Video sebak berkenana boleh ditonton dalam hantaran Petronas Pendang seperti di bawah.

Sumber: Petronas Pendang

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.