Siakap Keli
penguat kuasa minta rasuah
Gambar: Bernama

Kanak-Kanak Empat Tahun Maut, Disyaki Didera Rakan Kakak

Kanak-Kanak Empat Tahun Maut, Disyaki Didera Rakan Kakak

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dipercayai meninggal dunia selepas disyaki didera oleh rakan-rakan kakaknya di sebuah rumah berdekatan Senggarang, Batu Pahat pada Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki warga tempatan  yang berumur lingkungan 23 tahun mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang dikatakan pengsan di rumahnya sebelum dibawa ke klinik untuk rawatan.

“Bertindak atas maklumat, pada 24 Disember 2022 jam lebih kurang 12.00 hingga 9.45 malam Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Pahat telah berjaya menahan lima individu warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan berumur lingkungan 15 hingga 37 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian ini.

“Hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis telah membuat rampasan barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa di sebuah rumah sekitar Senggarang, Batu Pahat,” jelas pihaknya.

Dalam pada itu, mangsa dipercayai telah dijaga oleh kakak kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka dimasukkan ke dalam penjara akibat kesalahan yang melibatkan dadah.

Mangsa yang berumur empat tahun itu kemudiannya diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga.

Pihak polis turut menambah bahawa mangsa telah disahkan meninggal dunia pada jam 6.40 petang semalam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru setelah menjalani rawatan sejak Jumaat lalu.

“Reman telah dipohon terhadap kesemua suspek di Mahkamah Batu Pahat dan telah mendapat kebenaran kebenaran selama 7 hari mulai 25 sehingga 31 Disember 2022.

“Pada awalnya kes ini telah disiasat dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

“Namun begitu pihak polis telah mengklasifikasikan kes semula akibat kematian mangsa iaitu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata pihaknya.

Sumber: Polis Johor

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.