Mayat seorang wanita dijumpai di dalam tong sampah dalam kejadian berhampiran Taman Negara Khao Sok di sempadan Phang Nga dan Surat Thani di Thailand semalam, lapor Thaiger.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui oleh pegawai jabatan lebuh raya ketika mereka memotong rumput setelah mengesan bau busuk yang dipercayai berpunca dari tong sampah berwarna biru tua berhampiran kawasan tersebut.
Disebabkan itu, saksi bergegas menuruni tebing untuk memeriksa tong sampah berkenaan dan akhirnya menemui mayat seorang wanita yang disumbat dalam beg plastik.
Saksi lantas bertindak menghubungi Balai Polis Kapong untuk melaporkan kejadian yang berlaku tersebut.

Kira-kira pukul 3:30 petang berikutnya sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadian dan siasatan mendapati mangsa berusia 30 tahun dengan beberapa kesan luka di seluruh badan.
Mangsa pada ketika itu dilaporkan memakai baju sukan berwarna merah dan seluar pendek berwarna hitam.
Malah, beberapa barangan keperluan, pakaian, kosmetik, makanan dan dokumen turut dijumpai di dalam tong sampah tersebut.
Menurut pihak polis, mangsa telah mati sekurang-kurangnya tiga hari sebelumnya dan mungkin dibunuh di tempat lain sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah tersebut.
Hal tersebut kerana mangsa dipercayai berasal dari daerah Khian Sa di wilayah Surat Thani.
Dalam pada itu, pihak polis telah menghubungi keluarga mangsa sementara siasatan masih diteruskan untuk mencari suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan itu.
Sumber: Thaiger