Piala AFF 2022: Malaysia Kalah Kepada Vietnam
Skuad kebangsaan Harimau Malaya berjaya ‘dijinakkan’ pasukan Vietnam dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di Stadium Kebangsaan My Dinh Hanoi, Vietnam malam ini.
Skuad yang diterajui oleh jurulatih Kim Pan Gon dari Korea Selatan itu ditundukkan oleh pasukan Vietnam dengan kelebihan jaringan tiga gol pada masa penuh perlawanan.
Pada aksi masa separuh pertama, skuad Vietnam berjaya meletakkan pasukan mereka di hadapan dengan jaringan gol pertama oleh Nguyen Tien Linh seawal minit ke 29.
Jaringan satu gol itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Bagaimanapun gol pasukan Vietnam terus meledak pada minit ke 63 oleh Que Ngoc Hai menerusi sepakan penalti sebelum Nguyen Hoang Duc menambah gol ketiga pada minit ke 83.
Pada malam ini kedua-dua pasukan juga bermain dengan 10 pemain selepas masing-masing pemain dilayangkan kad merah dilayangkan.

Sumber: FAM/Twitter