Siakap Keli
Gambar: SSB Healthcare

Selalu Alami Migrain Berlarutan? Kenali Tiga Jenis Ubat Ini Untuk Rawatan – Dr. Samhan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalu Alami Migrain Tetapi Dibiarkan Berlarutan, Masih Ramai Yang Belum Tahu Tentang Migrain – Dr. Samhan

Hampir semua individu pasti pernah mengalami migrain. Walaupun migrain yang dialami tidak begitu teruk, namun ia boleh menganggu emosi dan aktiviti harian sekiranya dibiarkan berlarutan.

Migrain atau sakit kepala merupakan rasa berdenyut-denyut yang sering dialami oleh pesakit sehingga boleh menyebabkan seseorang itu tidak berasa selesa.

Gejala migrain ini tidak hanya sakit di bahagian kepala sahaja, tetapi pesakit juga boleh mengalami mual, muntah, gelap mata atau pitam dan hingga pendengaran seakan terganggu.

Selain itu, migrain atau sakit kepala ini juga terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah migrain, cluster, sinus dan tension.

Gambar: Hello Doktor

Keadaan boleh menjadi lebih teruk apabila migrain berlarutan selama beberapa hari, lebih menyakitkan ada ubat yang diambil pula tidak dapat membantu melegakan sakit itu.

Justeru, untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai migrain, mari ikuti perkongsian dari Dr. Ahmad Samhan yang dikongsikannya melalui laman Twitter.

MIGRAIN

“Doktor, sakit kepala rasa macam nak pecah!”

“Dah berapa hari ni?”

“Dah 2 hari. Rasa sakit sebelah kiri saja. Apa pun tak boleh buat. Rasa loya nak muntah.”

Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja.

Masalah ini lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki dengan nisbah perbandingan adalah 3:1 serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik.

BAGAIMANA MIGRAIN BOLEH TERJADI?

Gambar: ABP News

Ia berlaku apabila saraf otak menghasilkan cetusan maklumat yang tidak terkawal sehingga mana ia menggangu pembesaran dan pengecutan saluran darah.

Ia bermula dengan salur darah otak yang mengecil menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen. Kemudian ia menyebabkan saluran darah tersebut mengembang semula dengan lebih besar.

Perkara ini akan mengaktifkan reseptor sakit di bahagian tersebut sebab kurangnya darah pergi ke bahagian tersebut. Inilah yang menyebabkan sakit kepala.

APAKAH FAKTOR PENYEBAB MIGRAIN?

  • Persekitaran: bunyi bising dan cahaya terang.
  • Tabiat merokok
  • Sesetengah jenis makanan: coklat, keju, kopi, teh dan alkohol
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Psikologi: Tekanan, kemurungan, cemas dan marah

ADAKAH INI MIGRAIN?

Mengikut garis panduan yang dibuat oleh ‘International Headache Society’, pesakit pernah mengalami 5 kali serangan sakit kepala sebelum ini dan ianya bertahan selama 4-72 jam.

Dan sakit kepala tersebut juga perlu mempunyai 2 daripada simptom tersebut iaitu:

  • Sakit kepala sebelah sahaja
  • Rasa berdenyut
  • Sakit kepala sederhana hingga teruk
  • Mengganggu pesakit dari membuat aktiviti harian

APA RAWATAN MIGRAIN?

Gambar: Unsplash
  • Ubat tahan sakit seperti nSAIDS(sebagai contoh mefenemic acid, diclofenac dan naproxen)
  • Ubat untuk migrain : Triptans dan ergot alkaloids(Sebagai contoh Caffox, Sumatriptan, Rizatriptan)
  • Ubat Tahan muntah:Maxolon, Chlorperazine dan promethazine
3  jenis ubat untuk mengurangkan serangan migrain adalah seperti:
  1. Anti-epileptics: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang sawan.
  2. Anti-depressant: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan perasaan.
  3. Anti-hypertensive: Ubat yang selalu digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Bantu saya untuk #share info ini sebab masih ramai yang belum tahu tentang migrain. Jemput follow saya dan set #favourite untuk info kesihatan lebih menarik.

Jemput follow saya dan set #seefirst. Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya.

Sumber: Twitter

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.