Siakap Keli
Gambar: EPA via The National News

Banjir Landa Filipina, 25 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini

Banjir Landa Filipina, 25 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini

Hujan lebat dan banjir yang melanda Filipina telah menyebabkan jumlah kematian meningkat kepada 25 mangsa setakat ini.

National News melaporkan bahawa kawasan di bahagian selatan dan tengah Filipina diramal akan hujan lebat dalam beberapa hari akan datang.

Puluhan ribu penduduk kampung juga terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas dimasuki air manakala beberapa lebuh raya ditutup sepenuhnya pada hujung minggu lalu.

Menurut Majlis Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan, kira-kira 400,000 penduduk terjejas dalam banjir manakala sembilan yang lain cedera.

Hujan dijangka akan turun di sekitar kawasan selatan dan tengah Filipina pada hari Rabu dan Khamis berikutan kawasan bertekanan rendah di luar pantai yang berpotensi menjadi lekukan tropika, kata seorang pengkaji cuaca di negara itu.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi mengatakan berkemungkinan besar akan berlaku banjir dan tanah runtuh, terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi, lapor National News.

Agensi bencana berkata usaha sedang giat dijalankan dalam membantu penduduk di kawasan yang terjejas kerana lebih 81,000 penduduk ditempatkan ke pusat pemindahan sementara.

Hujan lebat yang melanda negara tersebut mengundang kepada risiko bencana sewaktu hampir 110 juta penduduk sedang membuat persediaan menyambut Krismas.

Filipina merupakan salah satu negara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim.

Para saintis telah mengeluarkan amaran bahawa ribut akan menjadi lebih kuat apabila suhu dunia menjadi lebih panas.

Sumber: The National News

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.