Karya Persis Profesional, Abang Ni Kongsi Tips Nak Ambil Gambar Pantulan Cantik Guna Lopak Air
Gambar-gambar cantik yang sering kita lihat di media sosial seringkali merupakan buah tangan daripada pakar fotografi yang berpengalaman. Setiap gambar yang terhasil adalah seni yang kaya dengan tafsiran berbeza. Sudut gambar, objek, pencahayaan dan warna mempunyai falsafah tersendiri yang ingin disampaikan.
Setiap pakar fotografi akan menggunakan kamera yang canggih dan beberapa aplikasi suntingan untuk menyunting gambar yang ditangkap.
Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook Azmi Han yang dibuat di group My Mobilegraphy Malaysia, beliau berkongsi pengalaman dan tips mudah untuk mengambil gambar refleksi yang cantik tanpa memerlukan kepakaran yang kursus.
Jadi jom kita selami tips-tips yang dikongsinya dan selepas itu kita boleh mencubanya sendiri.
Katanya, beliau amat meminati gambar-gambar berunsurkan “Refleksi” berbanding Landscape, Fine Art, Portrait dan lain-lain kerana gambar yang berunsurkan refleksi mempunyai seni kelas yang tersendiri. Manakala subjek dalam genre gambar refleksi ini turut merangkumi landskap, cityscape, benda-benda hidup dan tidak hidup seperti awan, pokok dan lain-lain.
Namun beliau tertarik dengan Stesen Petrol yang telah menjadi trend dan tumpuan sahabat-sahabatnya di MGM kerana struktur stesen-stesen minyak yang dilengkapi lampu-lampu yang berwarna terang dapat memberi foto refleksi yang cantik.
Katanya, beliau tidak menggunakan sebarang aplikasi untuk mengedit foto-fotonya dan hanya menggunakan props atau sumber yang tersedia disekelilingnya sahaja seperti contoh kelopak air.
Tips yang dikongsikan sangat mudah iaitu anda memerlukan tangan yang stabil dan kemahiran menahan nafas agar telefon tidak bergoyang ketika mahu mengambil gambar
Antara tips yang penting dikongsikan ialah anda perlu menunggu selepas hujan kerana lopak air akan berada di mana-mana. Cuaca hujan juga akan membantu membersihkan partikel dalam udara menjadikan persekitaran lebih segar dan cerah.


Seterusnya, beliau turut berkongsi gambar-gambar yang telah beliau ambil dan hanya menggunakan aplikasi Snapseed dan memperbetulkan beberapa struktur gambar agar kelihatan lebih cantik. Suntingan perlu dibuat mengikut kesesuaian gambar yang diambil kerana setiap jenama telefon mempunyai skrin warna yang berlainan dan tidak sama.
Semoga dengan perkongsian pemuda ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari bidang fotografi dengan cara mudah dan senang.
BACA: Kena Saman Di Jalan? Ini Panduan Prosedur Rayuan Nak Kurangkan Denda Di Mahkamah