Siakap Keli
goldman sachs buang pekerja
Gambar: Pixabay

Gergasi Perbankan, Goldman Sachs Didakwa Bakal Buang Kira-kira 4,000 Pekerja Tahun Depan

Gergasi Perbankan, Goldman Sachs Group Didakwa Bakal Buang Kira-kira 4,000 Pekerja Tahun Depan

Gergasi perbankan dunia, Goldman Sachs Group didakwa bakal membuang kira-kira 8 peratus atau hampir 4,000 kakitangannya di seluruh dunia, bermula Janurai depan.

Memetik laporan Financial Times, berita tersebut diketahui melalui mesej yang dihantar oleh Ketua Pegawai Eksekutif, David Solomon kepada kakitangan syarikat tersebut baru-baru ini.

Menurut mesej tersebut, keputusan itu diambil selepas syarikat mahu mengkaji semula rancangan membesarkan operasi dan sasaran yang hendak dicapai dalam pasaran kewangan pengguna.

”Biarpun perbincangan sedang berjalan, namun kami menjangkakan proses pengurangan pekerja akan bermula sekurang-kurangnya pertengahan Januari depan.

”Terdapat pelbagai faktor yang memberi impak kepada landskap perniagaan hari ini, termasuk pengetatan dasar monetari yang menyebabkan aktiviti ekonomi bergerak perlahan.

”Di pihak kami (lembaga pengarah), fokus kini tertumpu kepada usaha untuk mengukuhkan firma ini bagi berdepan ketidaktentuan akan datang,” katanya dalam mesej yang dihantar kepada kira-kira 49,000 kakitangannya.

Goldman Sachs tidak memberikan sebarang komen berhubung laporan tersebut.

Sebelum ini, sumber Financial Times mendedahkan bahawa firma perbankan itu bersedia untuk membuang kira-kira 8 peratus pekerjanya, manakala mereka yang tidak terlibat dengan keputusan tersebut perlu bersedia dengan pengurangan bonus sehingga 40 peratus atau lebih.

Pada 2021, Solomon membentangkan laporan kewangan Goldman Sachs yang menguntungkan dan turut menyaksikan semua kakitanyannya menikmati bonus lumayan.

Bagaimanapun, keuntungan firma tersebut sejak itu mula menurun dan memaksanya untuk melihat semua keputusannya untuk terlibat dalam sektor perbankan peruncitan.

Ramalan penganalisis juga menjangkakan penurunan keuntungan dan rizab lebih pantas untuk Goldmand Sachs berbanding pesaing seperti JPMorgan Chase, Morgan Stanley, Bank of America dan lain-lain untuk tahun ini.

Sumber: Financial Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.