Siakap Keli
ruang bawah tanah
Kredit: Wirestock Creators | Nina Lishchuk

Lelaki Robohkan Dinding Bawah Tanah, Temui Terowong Lama Bandar Purba

Mesti anda tidak terfikir bahawa ruang di bawah tanah ‘menyimpan’ khazanah yang luar biasa. Hal ini kerana di luar negara, biasanya ruang bawah tanah hanya digunakan untuk menyimpan barang-barang yang tidak digunakan.

Bercakap mengenainya, tahukah anda bahawa pada tahun 1963 seorang lelaki yang bertindak merobohkan dinding bilik bawah tanah terkejut apabila menemui sesuatu yang tidak disangka?

Difahamkan, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu menemui terowong di wilayah Nevşehir, Turkiye di sebalik dinding semasa melakukan pengubahsuaian di rumahnya.

ruang bawah tanah
Kredit:  Nina Lishchuk via Metro UK

Selepas memasuki ruang tersebut, dia mendakwa dirinya seakan-akan berada di tengah-tengah terowong kerana ada satu jalan ke depan dan satu jalan terarah ke belakang.

Tanpa disedari dia telah menemui pintu masuk ke sebuah bandar bawah tanah yang besar bernama Derinkuyu.

Menurut Metro UK, tempat tersebut telah ditinggalkan selama berabad-abad lamanya.

Di kawasan itu, terdapat satu gereja kecil, sekolah dan juga kandang kuda malah ia juga dipercayai mampu menempatkan sehingga 20,000 orang penduduk.

Sementara itu, ahli arkeologi di Jabatan Kebudayaan Turki mengatakan bahawa Derinkuyu telah diukir sehingga ke laluan gunung berapi seolah-olah menjadi sejenis ‘laluan semut’ buatan manusia.

ruang bawah tanah
Kredit: Wirestock Creators via Metro UK

Tambah pakar, terowong itu dibuat antara abad ke-7 dan ke-8 BCE oleh Phrygians, budaya Indo-Eropah purba seterusnya mencapai zaman kemuncaknya pada Byzantine (kira-kira 395 CE hingga 1453 CE), dan meluas sehingga mempunyai telaga serta saluran air.

Walaupun sebab awal ruang bawah tanah dibuat adalah untuk berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang, namun ia sudah dikembangkan untuk tujuan pertahanan.

Menurut rekod, orang beragama Kristian adalah antara manusia terawal yang pernah menetap di Derinkuyu kerana melarikan diri daripada penganiayaan Rom ketika itu.

Sementara orang Islam pula menggunakannya sebagai tempat persembunyian (pertahanan) semasa perang antara Arab dan Byzantine sekitar abad ke-7 dan ke-11.

Bagaimanapun, Derinkuyu kini dibuka kepada orang ramai untuk melawat tetapi hanya dibenarkan ke atas 10 peratus sahaja kawasan daripada keseluruhan bandar tersebut.

Sumber: Metro UK

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.