Siakap Keli
Kredit: CNN

Jadi Inspirasi ‘Meme’ Shiba Inu, Anjing Terkenal Kabosu Dilapor Tenat, Hidap Leukemia

Anjing Shiba Inu Terkenal Dengan Meme ‘Doge’ Menghidap Leukemia

Kabosu, iaitu anjing yang menjadi terkenal di internet apabila menjadi inspirasi meme syiling pertama dalam mata wang kripto dilapor sedang sakit tenat selepas menderita penyakit leukemia dan penyakit hati.

Turut dikenali sebagai Shiba Inu, anjing yang berusia 17 tahun itu kini tinggal bersama pemiliknya, Atsuko Sato, seorang guru tadi di Jepun.

Berita menyedihkan mengenai situasi Shiba itu dimuat naik di lama Instagram kabosumama minggu lepas.

Kredit: @kabosumama/Instagram

Menurut Sato dalam catatan Instagramnya, Shiba mula kehilangan selera makan dan minum pada malam Krismas. Selepas dibawa ke hospital haiwan untuk pemeriksaan, anjing itu kemudian didiagnosis dengan kolangiohepatitis akut dan leukemia limfoma kronik. Anjing tersebut kini dalam keadaan tenat dan bergantung kepada antibiotik untuk meneruskan hidup.

Terdahulu pada 2010, Kabosu menjadi terkenal di internet bermula dengan sekeping foto yang memperlihatkannya sedang berbaring di atas sofa sambil kaki bersilang dan pandangan matanya yang penuh pertanyaan.

Sejak itu, foto berkenaan kemudiannya mendapat perhatian media dan dijadikan meme. Populariti diraih Kabosu turut menarik perhatian beberapa jenama seperti Oreo untuk menjalinkan kerjasama.

Kabosu terus mencipta nama apabila dua pengaturcara memperkenalkan matawang kripto, Dodgecoin pada 2013 dengan meme Shiba Inu sebagai muka hadapannya. Nilai mata wang tersebut mencapai nilai kemuncak lebih daripada $400 pada tahun 2014, dan dianggap sebagai “coin meme” atau sindiran mata wang kripto yang pertama.

Elon Musk juga merupakan salah satu peminat anjing tersebut dan Dogecoin menaja Kelab Bola Sepak Watford England dengan wajah Kabosu muncul di lengan jersi pasukan.

Sumber: CNN

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.