Demi memenuhi impian untuk menjadi serigala, seorang lelaki di Jepun sanggup membelanjakan sekitar RM100,000 ($23,000) untuk kostum serigala yang asli buatan tangan.
Difahamkan, Zeppet merupakan syarikat yang bertanggungjawab untuk menunaikan mimpinya itu. Hal ini kerana sebelum ini, ia pernah mencipta sut anjing khas kerana pelanggan mahu anjingnya sentiasa ‘hidup’.
Ekoran daripada itu, syarikat tersebut telah menjadi tular kerana mampu menghasilkan kostum anjing yang berkualiti tinggi yang direka khas untuk menyesuaikan anatomi manusia dengan anatomi anjing.

Malah, baru-baru ini syarikat tersebut mengatakan bahawa pihak mereka telah menerima pesanan yang lebih mencabar daripada seseorang iaitu menginginkan ‘fantasinya’ sebagai serigala dihidupkan.
“Oleh kerana terlampau suka akan haiwan ini (serigala) sejak kecil dan beberapa sut haiwan realisik muncul di kaca TV, saya mengimpikan untuk menjadi salah seekor daripadanya suatu haru nanti.
“Pada pemasangan terakhir, saya kagum dengan perubahan diri saya di cermin. Ia adalah impian saya yang sudah menjadi kenyataan,” katanya di laman web Zeppet.
Tambah syarikat itu lagi, sebelum ini perbelanjaan untuk menghasilkan kostum anjing realistik adalah kira-kira RM 70,000 ($15,000).
Tetapi kali ini nilainya bertambah kepada RM100,000 ($23,000), bagaimanapun lelaki misteri yang membelinya tampaknya berpuas hati dengan hasil karya syarikat Zeppet.

“Arahan saya adalah untuk ‘kelihatan seperti serigala sebenar’ tetapi berjalan dengan kaki belakang sahaja adalah sesuatu yang sukar. Tetapi tidak dinafikan kostum itu sama seperti yang saya bayangkan.
“Bukan sahaja spesifikasinya sempurna, malah pengudaraan untuk keselesaan serta pemakaiannya mudah kerana tidak memerlukan bantuan daripada orang lain untuk memakainya.
“Perkara ini menunjukkan bahawa pereka ini amat memberi fokus dan perhatian yang teliti terhadap keselesaan si pemakai,” tambahnya.
Hal ini kerana kakitangan syarikat tersebut telah meneliti imej sebenar serigala, membincangkan seluruh perkara serta cara memasukkan badan ke dalam kostum.
Lebih menarik lagi, syarikat Jepun itu hanya mengambil masa selama 50 hari untuk menyiapkan ‘projek’ yang luar biasa tersebut.
Sumber: Odditycentral