Siakap Keli

Mekdi Amerika Uji Restoran “Drive-thru” Pertama Automasi Sepenuhnya, Netizen Gusar Tanda-tanda Hilang Pekerjaan?

Pembaharuan Masa Depan, McDonald’s Bakal Lancarkan Kedai Automatik

Syarikat makanan segera Mcdonald’s Amerika Syarikat telah melancarkan sebuah restoran pandu lalu auntonomi sepenuhnya di Fortt Worth, Texas baru-baru ini.

Restoran berkenaan yang masih diperingkat percubaan itu akan dikendalikan sepenuhnya menggunakan robot dan mesin tanpa penglibatan manusia langsung.

Menurut laporan CBS News, pelanggan yang mahu membuat pesanan secara pandu lalu perlu membuat pesanan menggunakan aplikasi ataupun melalui kioks mengambil pesanan yang disediakan. Manakala, makanan pula akan dihantar menggunakan mesin konveyor.

Difahamkan, restoran percubaan berkenaan merupakan usaha McDonald’s Amerika Syarikat untuk meneroka cara baru untuk memberikan perkhidmatan pantas dan mudah kepada pelanggannya.

Teknologi itu juga akan membolehkan pekerja di bahagian dapur dapat menyediakan pesanan pelanggan dengan lebih cekap.

@foodiemunster

@McDonald’s has a new test concept

♬ Jingle Bell Rock – Bobby Helms

Walau bagaimanapun, pembaharuan yang ingin dibawa oleh syarikat makanan segera tersebut turut mendatangkan kegusaran dalam kalangan orang awam dan menjadi topik perbincangan hangat netizen.

Rata-rata khuatir dengan keupayaan kecerdasan buatan untuk mengambil dan menyediakan pesanan dengan betul selain isu kekurangan peluang pekerjaan pada masa hadapan.

“Oh tidak, mula-mula kita perlu bercakap dengan Siri dan Google dan sekarang kita perlu bercakap dengan komputer pula.

“Jika mesin ini ‘terlupa’ sesuatu barang, kepada siapa patut kami bertanya, robot?” kata seorang pengguna.

Idea untuk industri mula menggunakan mesin automasi mula timbul selepas banyak syarikat mula bergelut untuk mencari pekerja selain desakan untuk menaikkan gaji minima semakin meningkat di sana.

Pemerhati menganggarkan kira-kira 10 juta pekerjaan mungkin akan lesap dalam tempoh beberapa tahun akan datang sekiranya banyak syarikat mula mengurangkan tenaga kerja dan beralih kepada mesin automasi.

Sumber: CBS NEWS

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.