Siakap Keli
Kredit: mirror.co

Dave Bautista Sah Tinggalkan Marvel Selepas Selesai Guardians of the Galaxy Vol 3

Dave Bautista Sah Tinggalkan Marvel Selepas Selesai Guardians of the Galaxy Vol 3

Pelakon dan bekas bintang WWE, Dave Bautista mendedahkan akan meninggalkan Marvel Cinematic Universe (MCU) dan filem Guardians of The Galaxy Vol. 3 akan menjadi filem terakhir bersama jenama tersebut.

Beliau yang membawa watak sebagai Drax dan muncul enam kali dalam MCU berkata, keputusan itu diambil atas faktor usianya yang semakin meningkat dan merasakan watak itu perlu dipikul individu lain yang lebih layak.

Katanya lagi, beliau juga mahu mengembangkan kariernya dengan menumpukan kepada watak-watak yang lebih dramatik dan tidak terlalu bergantung kepada tubuhnya yang sasa serta banyak kesan solekan.

“Saya sangat berterima kasih untuk watak Drax dan amat menyukai watak tersebut. Tetapi saya berasa lega ia sudah berakhir. Sukar memainkan watak tersebut kerana proses solekan yang begitu banyak dan saya tidak pasti sama ada saya mahu Drax menjadi legasi saya dalam dunia seni.

”Saya mahu melakukan perkara yang lebih dramatik,” katanya.

Bagaimanapun, Bautista menyakinkan peminat bahawa watak Drax tidak akan dikuburkan untuk filem-filem MCU akan datang.

Keinginan Bautista untuk mengambil watak yang lebih dramatik masuk akal kerana beliau sering disebut sebagai ahli gusti profesional terbaik yang bertukar kerjaya kepada lakonan dan berjaya dalam bidang tersebut.

Para pemerhati berpendapat, berdasarkan filem-filem terdahulu, Bautista sudah pun membuktikan bahawa dirinya layak memikul watak-watak hebat yang lain.

Antara filem-filem yang pernah dibintanginya adalah Dune, Blade Runner 2049, Hotel Artemis, SPECTRE dan terkini beliau muncul menerusi Glass Onion: A Knives Out Mystery yang disiarkan di Netflix.

BACA: Muka Berjerawat Tapi Teringin Nak “Make Up”? Doktor Kata Boleh, Tapi Elak Guna 5 Bahan Ini

Sumber: Collider

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.