Hitam Kuning Kuasai LRT Bukit Jalil, Bahang ‘Semifinal’ Piala AFF Kian Terasa
Suasana di Stesen Transit Aliran Ringan Bukit Jalil (LRT Bukit Jalil) petang ini dilaporkan sesak dengan kehadiran penyokong Harimau Malaya yang menggunakan perkhidmatan awam itu untuk ke SNBJ.
Berdasarkan ciapan dari akaun Twitter rasmi milik RapidKL (@askrapidkl), orang ramai yang mengenakan pakaian Kuning Hitam, iaitu warna rasmi skuad kebangsaan dilihat mula berkumpul dan melaungkan pelbagai sokongan menjelang sepak mula sebentar lagi.
Selain itu, pihak RapidKL turut memuatnaik beberapa foto dan video yang menampilkan semangat yang dimiliki oleh para penyokong Harimau Malaya.
Mereka dilihat sedang berarak ke stadium sambil menyanyikan lagu khas yang didedikasikan untuk pasukan Harimau Malaya yang bakal merentap Gajah Putih pada malam ini.
Para penyokong juga dilihat membawa sepanduk untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan sewaktu beraksi di atas padang.
Pada akhir ciapannya, pihak RapidKL mendoakan agar kemenangan menjadi milik pasukan tuan rumah.
“Rapid KL mendoakan kejayaan pasukan Harimau Malaya pada malam ini!”
Suasana di LRT Bukit Jalil pada waktu sekarang begitu meriah dengan ribuan penyokong #HarimauMalaya
Rapid KL mendoakan kejayaan pasukan Harimau Malaya pada malam ini!#RapidKL #KamiBawaAnda pic.twitter.com/pNfxiJk1vM
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) January 7, 2023
Terdahulu, Harimau Malaya melakar kemenangan bergaya di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas membenam Singapura 4-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan B Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
Kemenangan ini menyaksikan Malaysia berjaya mara ke pusingan separuh akhir selaku naib juara kumpulan dan bakal membuat perhitungan dengan Thailand untuk menentukan siapakah yang layak untuk menuju ke pusingan akhir.
BACA: Benam Singapura 4-1, Harimau Malaya Mara Ke Peringkat Separuh Akhir Piala AFF
Sumber: @askrapidkl via Twitter