Siakap Keli
imf beri amaran ekonomi dunia
Gambar: AFP / GETTY IMAGES NORTH AMERICA

Ketua IMF Beri Amaran Satu Pertiga Ekonomi Global Alami Kemelesetan Tahun Ini

Ketua IMF Beri Amaran Satu Pertiga Ekonomi Global Alami Kemelesetan Tahun Ini

Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa satu pertiga ekonomi dunia akan mengalami kemelesatan pada tahun ini.

Menurut Kristalina Georgieva, tahun 2023 akan menjadi lebih sukar berbanding tahun lepas kerana pergerakan perlahan yang ditunjukkan oleh ekonomi Amerika Syarikat, Eropah dan China tahun ini.

”Malah, negara-negara yang tidak berdepan dengan kemelesetan pun akan menanggung kesan seolah-olah sedang melalui fasa kemelesetan, sekaligus menjejaskan ratusan juta penduduk,” kata Georgieva.

Situasi berkenaan dikatakan berlaku berikutan krisis Perang Ukraine-Rusia yang masih berlarutan, pelaksanaan akdar faedah yang tinggi dan juga peningkatan semula kes jangkitan Covid-19 di China.

Malah, pada Oktober lepas, IMF sudahpun menilai semula pertumbungan ekonomi global pada tahun 2023 ke tahap yang lebih rendah.

IMF turut memberi amaran, pelonggaran polisi Sifar Covid yang dilaksanakan China dan peningkatan semula kes jangkitan mungkin akan menyaksikan ekonomi China bermula perlahan tahun ini.

“Untuk beberapa bulan akan datang, ia akan menjadi situasi yang sukar bagi China. Kesan negatif akan dirasai untuk beberapa perkara. Pertumbuhan China akan menjadi negatif, kesan negatif kepada serantau dan juga pertumbuhan negatif untuk ekonomi global,” katanya lagi.

BACA: Hampir 90 Peratus Penghuni Bandar Ketiga Paling Padat China Kini Sudah Dijangkiti Covid-19

Sumber: BBC

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.