Siakap Keli
Arab Saudi Beri Kuota Haji Kepada Malaysia
Gambar: Bernama

Kuota Haji Untuk Jemaah Malaysia Tahun Ini 31,600 Orang – Dr. Na’im

Kuota Haji Untuk Jemaah Malaysia Tahun Ini 31,600 Orang – Dr. Na’im

Dalam satu mesyuarat khas bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia pada hari ini, Malaysia telah dimaklumkan bakal menerima sebanyak 31,600 kuota haji bagi tahun 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar memaklumkan perkara tersebut selepas membincangkan aspek persiapan musim haji bagi tahun 1444Hijrah/2023 Masihi bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah.

“Di dalam mesyuarat tersebut, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah telah memuji negara Malaysia khususnya pihak Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap layan jemaah haji yang patut dicontohi.

“Sehubungan itu, saya sukacitanya ingin mengumumkan bahawa kuota haji Malaysia yang diterima daripada Kerajaan Arab Saudi adalah sebanyak 31,600 orang untuk tahun 1444H/2023M,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau menzahirkan rasa amat syukur dan mengucapkan  jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh tersebut.

“Saya yakin penilaian telah dibuat dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal-bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin semasa menunaikan rukun islam yang kelima,” jelasnya lagi.

Tegas Dr Haji Mohd Na’im lagi, TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah Haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada Kerajaan Arab Saudi.

“Saya ingin memohon kepada semua umat Islam dapat bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar mempermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar,” katanya.

Sumber: Twitter Dato’ Setia Dr Na’im

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?