Siakap Keli
Kredit: Instagram Puteri Sarah Liyana

‘Syamsul, Lepaskan Saya’ – Puteri Sarah

“Saya minta lepaskan saya kerana awak masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga,”

Demikian kata-kata Puteri Sarah Liyana yang tekad untuk meminta suaminya, Syamsul Yusoff melepaskan dirinya setelah empat hari pengarah terkenal itu membuat pengakuan bernikah untuk kali kedua.

Dalam hantaran di laman Instagram, Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memaklumkan suaminya telah menyekatnya hingga kini menyebabkan tiada perbincangan berlaku.

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak masih block saya sehingga sekarang dan masih gagal untuk berbincang, saya minta lepaskan saya kerana awak masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta awak adalah seorang suami yang toxic dan narcissistic.

We deserved better,” memetik hantaran itu.

Puteri Sarah mengepilkan gambarnya bersama anak-anaknya dalam hantaran yang dibuat pada hari ini.

Difahamkan juga, Puteri Sarah membuat penyuntingan pada kapsyennya yang sebelum ini mengatakan dia minta untuk dilepaskan kerana tidak rela bermadu.

Rata-rata ramai yang dilihat memberi sokongan kepada pelakon itu dan berharap segala urusannya dipermudahkan.

Kredit: Instagram

Sumber: Puteri Sarah Liyana via Instagram

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.