Siakap Keli
wanita meninggal dunia bersama bayi
Kredit: Kompas.com

Diusung Guna Kain Sejauh 7KM, Wanita Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Bersama Bayi

Diusung Guna Kain Sejauh 7KM, Wanita Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Bersama Bayi

Seorang wanita hamil dari Pinrang di Sulawesi Selatan dilaporkan meninggal dunia bersama bayi dalam kandungannya, ketika diusung menggunakan kain sarung sejauh 7 kilometer menuju ke hospital, lapor Detik.

Ketua Pengarah Hospital Lasinrang Pinrang, Dr Moh Inwan Ahsan mendedahkan bayi tersebut meninggal dunia sejak dalam kandungan lagi.

“Kemungkinan mati dalam kandungan, jadi apabila dia dilahirkan dia kelihatan tidak bermaya,” katanya.

Jelasnya, setelah tiba di hospital, dia berada dalam keadaan yang tidak sihat dan kondisinya agak lemah serta mukanya yang pucat.

Oleh itu, pihak hospital mengarahkan kakitangan untuk membawa wanita itu ke bilik kecemasan dan dia menerima rawatan dan bantuan dari pakar obstetrik.

“Selepas pembedahan dilakukan, didapati wanita itu mempunyai luka terkoyak dalam rahim dan bayi tersebut tidak dapat diselamatkan.

“Tetapi wanita itu, meninggal pada keesokan harinya di bilik rawatan kecemasan,” ujarnya.

Inwan juga mengakui masih belum menerima laporan penuh mengenai kehamilan wanita itu sebelum dia bersalin dan tidak dapat mendedahkan sejarah kehamilannya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, wanita berusia 33 tahun itu telah diusung oleh penduduk di daerah Lembang menggunakan kain sarung dan sehelai buluh menuju ke Kampung Bakaru bagi membuat persiapan menyambut bayi kelahirannya.

Ketua Kampung Muhammad Jafar berkata wanita itu pada awalnya dibawa ke Pusat Kesihatan Salimbongan namun dia dirujuk ke Hospital Lasinrang pada hari yang sama.

Sumber: Detik

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.