Siakap Keli
Kanak-Kanak Diserang Anjing Buas
Kredit: The Mirror | Pixabay

Kanak-Kanak Diserang Anjing Pit Bull Sampai Muka Koyak

Seorang kanak-kanak disahkan mempunyai parut kekal di muka ekoran terkena serangan anjing baka ganas dalam kejadian di Enniscorthy, Wexford, di Ireland, lapor The Mirror.

Difahamkan, Alejandro Mizsan, 9 tahun telah diserang anjing baka Pit Bull ketika bermain di halaman rumah bersama rakannya pada 27 November tahun lalu.

Disebabkan itu, dia mengalami kecederaan seluruh badan termasuklah bibir terkoyak, luka pada bahagian kedua-dua belah pipi, badan serta kakinya.

Susulan itu, Alejandro diterbangkan ke Dublin untuk menerima rawatan pemulihan di sana dan berada di hospital sehingga semalam.

Kanak-Kanak Diserang Anjing Buas
Kredit: The Mirror

‘Tidak dapat berkata-kata, bersyukur dia masih hidup’ – Raul

Sementara itu abangnya, Raul, 21 tahun berkata, “Kami sangat gembira kerana dia pulang. Dia seorang budak yang sangat berani malah dia juga gembira dapat pulang ke rumah.

“Sangat beremosi. Saya tidak pernah merasakan apa yang saya rasa hari ini hanya kerana adik saya pulang ke rumah. Mimpi ngeri telah berakhir. Hari ini adalah impian kami sekeluarga,” tambahnya.

Kepulangannya disambut dengan pelukan daripada ibunya, Otilia manakala Raul dan adik perempuan mereka, Estera turut berada di sana untuk menyambut ketibaan mereka (Alejandro dan ayahnya, Lon Florin).

Menurut The Mirror, Alejandro telah dibenarkan pulang selepas tujuh minggu berada di hospital.

Tambah Raul, “Saya tidak dapat berkata-kata untuk mengambarkan betapa bersyurkurnya saya kerana dia masih hidup ketika kejadian berlaku. Dia sudah pulang dan kami boleh memulakan hidup baharu.

“Kami tidak akan ke mana-mana sehingga semuanya kembali seperti sedia kala. Tetapi, kami akan pergi ke mana-mana sahaja yang dia (Alejandro) mahu, kami akan pergi ke situ.

“Namun, ia akan mengambil sedikit masa untuk dia kembali seperti kehidupan normal,” katanya.

Kanak-Kanak Diserang Anjing Buas
Kredit: The Mirror

Menurut Raul, walaupun Alejandro sudah berada di rumah, namun kesan daripada insiden tersebut sangat mendalam, daripada aspek penerimaan keluarga dan sebagainya.

Untuk menenangkan diri, Raul kerap kali memandang ke arah positif katanya, “Mungkin esok kita melihatnya berbeza dari semalam. Bagi kami, segala-galanya mengambil masa begitu juga dengan dia (Alejandro),”

Tidak dinafikan, setiap kali Alejandro mendongak untuk memandang, mereka akan teringat peristiwa hitam itu.

“Tetapi kami perlu membiasakan untuk hidup dengannya. Dia seorang pejuang yang gagah berani,” kata Raul.

Kanak-Kanak Diserang Anjing Buas
Kredit: The Mirror

Dana untuk sumbangan pembedahan Alejandro

Memetik The Mirror, Alejandro akan menjalani banyak pembedahan untuk bibir bawahnya selepas parutnya pulih.

Untuk sumbangan, lebih RM830,000 (£157,000) telah dikumpulkan dalam GoFoundMe untuk pembedahan Alejandro dan sumbangan itu masih terbuka kepada orang yang ingin menderma.

“Wang ini bukanlah keutamaan kami sebaliknya kami hanya berharap adik saya kembali seperti sedia kala. Namun, tidak dinafikan, sumbangan ini sangat membantu kami sekeluarga.

“Kami berterima kasih atas sumbangan yang diberikan. Ia adalah jumlah yang besar tetapi ia masih tidak mencukupi,” tambah Raul.

Sumber: The Mirror

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.