Apabila duduk di kolej, perkara pertama yang dipelajari ialah mengenai cara menguruskan wang. Ada kala pelajar terpaksa menahan diri daripada membeli barangan kerana kekurangan wang, ada juga yang tidak makan untuk menjimatkan wang dan bermacam lagi.
Kadang-kadang ada segelintir yang terlebih belanja hingga tidak tahu mahu buat apa dengan lebihan makanan, kerana sudah kenyang makan makanan tambahan yang dibeli dan akhirnya memberi kepada yang memerlukannya.
Dengan situasi yang sebegitu, secara tidak langsung ia membantu sesetengah pelajar lain yang tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli makanan.
Kerap beli makanan, tak habis tawarkan dekat orang secara percuma
Situasi begini sama seperti perkongsian yang dibuat oleh Afiqah Yusof (@afiqahwhy) menerusi laman Twitter, dia memaklumkan seorang pelajar bernama Nadiah Maisarah kerap membeli makanan, tetapi makanan tersebut tidak dihabiskan dan menawarkannya kepada orang lain.


Di ciapan Twitter, Afiqah Yusof berkata tindakan Nadiah Maisarah itu agak kelakar kerana dia kerap membeli makanan tetapi selalu tidak habis dimakan dan mempromosinya dalam satu kumpulan WhatsApp kolej.
“Kawan gadis ini perlu menghalangnya daripada membeli terlalu banyak makanan.
“Ia sangat lucu dengan cara dia berterusan kembali untuk memberikan makanannya secara percuma,” memetik ciapan dalam English itu.
Kebaikan yang dibuat oleh Nadiah Maisarah menarik perhatian pelajar khusunya yang berada dalam kumpulan WhatsApp tersebut dan rata-rata mereka sangat senang dengan tindakan gadis itu.
Dalam diam, Nadiah Maisarah rupanya banyak membantu rakan-rakan kolej lain yang sedang mengikat perut kerana kekurangan makanan dan caranya berbuat baik dengan pelajar lain.
Sementara itu, Nadiah Maisarah mula perasan dengan ciapan yang dibuat oleh Afiqah Yusof dan meninggalkan mesej kepadanya serta orang ramai yang mendoakannya.
Nadiah Maisarah mengucapkan terima kasih kepada pengguna lain kerana mendoakan semoga dia dimurahkan rezeki dan terharu dengan sifat yang ditunjukkan oleh pembaca.
“Disebabkan awal ramai yang doakan untuk murah rezeki saya, terima kasih,” katanya.
HA Nadia kesayangan kita semua dah nampak tweet kita! 🤣
Ni Nadia @imurnadia. 🥹 pic.twitter.com/GZW4AtTj81
— Afiqah Yusof (@afiqahwhy) January 12, 2023
Kata warga maya
Menjengah di ruangan komen, ramai yang selesa dan suka dengan tindakan gadis tersebut dan mereka juga turut berkongsi cerita mengenai kejadian yang sama sewaktu belajar.
“Saya rasa dia tahu salah seorang rakan serumahnya tidak berkemampuan dan tidak mampu membeli makanan jadi dia melakukan ini dan bukannya meminta rakannya terus mengambil makanan. Saya harap dia mendapat 4.00 pada setiap sem, mendapat peluang terbaik dan mula bekerja dalam syarikat dan kerja yang diingininya,” ujar @lilymawardepp yang kagum dengan tindakan Nadiah.
“Kelakar and cute! Dan bagus sebab dia tak membazir and dia sedar dia ini suka makan tapi perut kecil agaknya, adoi comel betul!” kata @skyjuixe sambil menambah emoji ketawa di belakang ayat.
“Siapa-siapa duduk kolej Mawar memang pemurah agaknya. Pernah dapat nasi goreng kampung pukul 2 pagi sebab dia nak let go. Rezeki stay up study,” tambah @ysntsml.
“Dulu study selalu mcm ini. I sejenis beli makanan tak ingat dunia. Dah kenyang memang offer dekat kawan tapi kalau kawan-kawan pun dah kenyang, I sanggup keluar ketuk rumah jiran tengah malam sebab tak sanggup nak buang makanan. terjadi banyak kali, ketuk rumah orang tengah malam,” kongsi @ywddl yang pernah melalui perkara yang sama seperti gadis itu.
“She’s so sweet! Semoga Allah bagi dia banyak banyak rezeki!” pohon @dummydumpling.
This girl's friends need to stop her from buying too many food 😭 It's so funny btw she keeps coming back to give her food away for free. pic.twitter.com/VjqajnamFc
— Afiqah Yusof (@afiqahwhy) January 11, 2023
Sumber: @afiqahwhy via Twitter